Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Imitation” Bermula Suram, “Taxi Driver” Kekal No. 1

Imitation telah memasuki pertarungan rating untuk drama hari minggu.

Drama terbaru Jumaat-Sabtu KBS 2TV itu telah mulakan episod pertamanya pada 7 Mei yang lalu, jam 11.20 malam (waktu Korea Selatan). Bagaimanapun, permulaannya agak suram apabila hanya berjaya mencatat purata rating sebanyak 1.0 peratus dan 0.9 peratus untuk dua bahagiannya. 

Berdasarkan webtoon popular dengan nama yang sama, Imitation adalah drama baru mengenai karya dan kehidupan cinta para idol dalam industri hiburan yang kompetitif. Barisan pelakon terdiri daripada Jung Ji So; Lee Jun Young dari U-KISS; Yunho, Seonghwa, San, dan Jongho dari ATEEZ; anggota T-ara, Jiyeon; bekas anggota I.O.I dan PRISTIN, Lim Nayoung; anggota SF9, Hwiyoung dan Chani, ahli kumpulan  g.o.d., Danny Ahn; Yuri; Minseo; Suwoong dari kumpulan Boys’ Republic; Ahn Jung Hoon; anggota Rainbow, Jisook; dan bekas anggota Baby V.O.X, Shim Eun Jin.

Sementara itu, drama SBS Taxi Driver kekal menjadi drama yang ramai penonton pada Jumaat malam, dengan mencatatkan purata rating sebanyak 12.0 peratus dan 14.7 peratus untuk dua bahagiannya. 

Akhir sekali, drama JTBC Undercover merekodkan purata rating sebanyak 2.9 peratus untuk episod terbaru.

Sumber: Soompi

Related posts

CEO Netflix Sahkan Musim 2 “Squid Game”

Kakimuvee

Netflix Dedah Gambar Terbaru Seohyun Dari Filem “Love and Leashes”

Kakimuvee

Park Ji Hu, Yoon Chan Young, Cho Yi Hyun, & Lomon Hadapi Bahaya Dalam Poster “All Of Us Are Dead”

Kakimuvee

Saksikan Teaser Trailer & Poster Drama Thriller Terbaru Disney+ “Grid”

Zulaikha

Peserta “Single’s Inferno” Free Zia Ancam Untuk Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Komen Berniat Jahat

Zulaikha

Kim Dong Wook Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Drama Terbaru Mengenai Penggembaraan Masa

Zulaikha

Leave a Comment