BeritaSiri TV

Imej Terbaru THE FALCON AND THE WINTER SOLDIER Dedahkan Pandangan Pertama U.S Agent

Views

The Falcon and the Winter Soldier telahpun memasukan bulan ketiga penggambarannya, dan walaupun Marvel cuba untuk merahsiakan penggambaran mereka, ia masih tidak mampu untuk menghalang jurugambar dari membocorkan gambar-gambar terbaru dari set penggambaran.

Terbaru, beberapa keping gambar telah tular di media sosial yang memaparkan pandangan pertama Wyat Russel sebagai John Walker aka U.S. Agent. Anda boleh saksikan gambar-gambar tersebut menerusi perkongsian dibawah.

U.S. Agent / John Walker pertama kali diperkenalkan dalam komik Marvel sebagai Super-Patriot menerusi komik Captain America #323 keluaran tahun 1986. Dia kemudiannya dipilih kerajaan US untuk menjadi Captain America selepas Steve Rogers meninggalkan gelarannya. Dalam isu Captain America #354, Walker menggunakan gelaran U.S. Agent dan menjadi salah seorang ahli West Coast Avengers.

Plot The Falcon and The Winter Soldier masih lagi tidak didedahkan, tetapi berkemungkinan besar akan memaparkan konflik diantara Captain America yang baru, iaitu Sam Wilson aka Falcon dan U.S. Agent yang diangkat sebagai Captain America oleh kerajaan US.

Siri akan datang dibintangi Anthony Mackie, Sebastian Stan, Daniel Bruhl, dan Emily VanCamp yang kembali memainkan peranan masing-masing iaitu sebagai Falcon/Captain America, Bucky/The Winter Soldier, Helmut Zemo, dan Agent 13.

The Falcon and The Winter Soldier akan bersiaran sebanyak 6 episod dan akan disiarkan di platform penstriman video Disney+ mulai Ogos tahun ini.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks