Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

IMDb: Avengers: Infinity War Filem 2018 Paling Dinantikan Penonton, IT Di Kedudukan Teratas Filem Paling Popular

Filem keluaran Marvel Studio, Avengers: Infinity War telah menjadi filem 2018 yang paling dinantikan oleh para pengemar-pengemar filem. Ia berdasarkan data pengguna di laman web IMDb yang menunjukan filem superhero itu menjadi filem yang paling ditunggu-tunggu oleh penonton pada tahun hadapan.

Filem-filem komik Marvel menguasai senarai top 3 apabila Black Panther yang juga diterbitkan oleh Marvel Studio menjadi filem kedua yang dinantikan oleh peminat diikuti filem lakonan Ryan Reynolds, Deadpool 2. Manakala filem Jurassic World: Fallen Kingdom berada disenarai keempat dan filem reboot Tomb Raider disenarai kelima.


Berikut adalah senarai 10 filem 2018 yang paling dinantikan penonton berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh laman web IMDb:

1. Avengers: Infinity War (May 4, 2018)

2. Black Panther (Feb. 16, 2018)

3. Deadpool 2 (June 1, 2018)

4. Jurassic World: Fallen Kingdom (June 22, 2018)

5. Tomb Raider (March 16, 2018)

6. Pacific Rim Uprising ( March 23, 2018)

7. The Predator (Aug. 3, 2018)

8. Ocean’s Eight (June 8, 2018)

9. Mission: Impossible 6 (July 27, 2018)

10. Solo: A Star Wars Story (May 25, 2018)

Sementara itu, laman web berkenaan juga menyenaraikan 10 filem 2017 yang paling digemari oleh peminat. Senarai tersebut juga diambil dari data pengguna yang dikumpulkan laman web terbabit. Berdasarkan dari senarai 10 filem paling popular 2017 yang dikeluarkan oleh IMDb, filem seram arahan Andy Muschietti, IT telah menduduki tangga teratas. Manakala kedudukan kedua diisi oleh filem superhero DC, Wonder Woman diikuti Beauty and the Beast ditangga ketiga serta Logan dan Guardians of the Galaxy masing-masing ditangga keempat dan kelima.

Justice League yang menerima kecaman teruk baik dari pengkritik filem dan penonton berada ditangga keenam. Berikut adalah senarai 10 filem paling popular yang dikeluarkan oleh laman web IMDb

1. IT

2. Wonder Woman

3. Beauty and the Beast

4. Logan

5. Guardians of the Galaxy Vol. 2

6. Justice League

7. Split

8. Alien: Covenant

9. Thor: Ragnarok

10. Blade Runner 2049

Jadi bagi penggemar filem, adakah anda rasa pilihan pengguna-pengguna IMDb ini tepat? cuba senaraikan 10 filem terbaik anda diruangan komen

Related posts

Gambar Terbaru “Ms. Marvel” Goda Kuasa Yang Dimiliki Kamala

Kakimuvee

Barisan Penulis “Doctor Strange 2” Pernah Bincangkan ‘Cameo’ Deadpool

Kakimuvee

Liam Neeson Masih Berbisa Dalam “Memory”, Kini Ditayangkan Di Pawagam

Kakimuvee

Trailer Resident Evil: Kejahatan Telah Berkembang Dalam Siri Seram Terbaru Netflix

Kakimuvee

Christopher Walken Sertai “Dune: Part 2”, Akan Bawa Watak Emperor Shaddam IV

Kakimuvee

CrunchyRoll Umum Tarikh Tayangan Global Untuk Filem Anime “Dragon Ball Super: Super Hero”

Kakimuvee

Leave a Comment