Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSlot Asia

Ikut Aku Ke Neraka, Sebuah Lagi Filem Seram Indonesia Bakal Menemui Penonton 26 September Ini


GSC Movies membawakan kepada penonton sebuah lagi filem seram dari Indonesia berjudul Ikut Aku Ke Neraka, yang akan ditayangkan pada 26 September ini.

Filem ini mengisahkan tentang roh wanita misteri yang sering mengganggu Lita telah menyebabkan rumah tangganya bersama Rama hampir retak. Apabila dia meminta bantuan daripada Pak Adam untuk mengusir roh itu, lelaki itu memberitahu ia bukan datang dari rumahnya, sebaliknya dari dirinya sendiri dan berkait dengan masa lampaunya. Ibunya, Sari, yang telah dibiarkan di hospital sakit jiwa, mungkin menyimpan segala jawapan kepada gangguan itu.

Diarahkan oleh Azhar Kinoi Lubis, Ikut aku ke Neraka dibintangi pelakon seperti Clara Bernadeth, Rendy Kjaernett, Cut Mini Theo, Sara Wijayanto, Rini Mentari dan Teuku Rifnu Wikana

Saksikan trailer filem Ikut aku ke Neraka dibawah.


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee