Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Iko Uwais ‘Selamber’ Membelasah Dave Bautista Dalam Klip Filem Stuber

20th Century Fox melancarkan klip terbaru dari filem aksi komedi Stuber yang memaparkan aksi Teijo (Iko Uwais) membelasah Vic (Dave Bautista) dan Stu (Kumail Nanjiani). Anda boleh tonton klip tersebut di pemain video dibawah.

Stu (lakonan Kumail Nanjiani) aka Stuber merupakan pemandu Uber yang rajin dan berdedikasi. Suatu hari, dia mengambil penumpang bernama Vic (Dave Bautista) tanpa mengentahui yang penumpangnya ada anggota polis yang sedang memburu pembunuh kejam.

Segalanya menjadi kucar kacir dan Stu mengalami pengalaman yang cukup pahit, terpaksa bergantung kepada kecerdasanya, kehidupannya dan tidak lupa, rating 5 bintang yang diimpikannya.

Filem ini diarahkan oleh Michael Dowse dan turut dibintangi Iko Uwais, Natalie Morales, Betty Gilpin, Jimmy Tatro, Mira Sorvino dan Karen Gillan.

Dengan aksi yang hebat, lawak yang kelakar serta pengaruh era 80a, pasti anda akan meminati filem ini. Stuber akan ditayangkan pada 12 Julai 2019

Related posts

Saksikan Trailer The Unforgivable Lakonan Sandra Bullock, Akan Tayang Di Netflix 10 Disember Ini

Kakimuvee

Teaser Trailer Lightyear: Chris Evans Terajui Filem Spin-Off Toy Story

Kakimuvee

Tv Spot Eternals Dedah Deviants Telah Berevolusi

Kakimuvee

Trailer Ambulance: Jake Gyllenhaal & Yahya Abdul-Mateen II Terajui Filem Thriller Terbaru Michael Bay

Kakimuvee

Netflix Lancar Trailer Rasmi & Poster Terbaru “Red Notice”

Kakimuvee

Trailer Uncharted Soroti Babak Yang Diambil Dari Permainan Video

Kakimuvee

Leave a Comment