Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Iklan Merdeka Petronas “Akrab” Sangat Menyentuh Hati

Iklan petronas akrab

Dalam banyak-banyak iklan yang melibatkan musim perayaan atau festival, iklan yang paling dinanti-nanti penonton televisyen adalah iklan Petronas kerana setiap mesej dan cara penyampaian yang dilakukan oleh team produksi mereka sangat berkesan dan menyentuh hati.

Sempena sambutan Kemerdekaan ke 58 tahun ini, Petronas, seperti tahun-tahun sebelumnya, meraikannya dengan mesej keakraban antara kaum yang telah wujud di Malaysia sejak bertahun lamanya.

Iklan dengan tajuk Akrab itu memaparkan kenangan tiga sahabat; Chua, Arun dan Mail, yang membesarkan bersama-sama di zaman kemerdekaan. Mereka antara ribuan penduduk Tanah Melayu yang teruja untuk menyertai sambutan kemerdekaan di Stadium Merdeka.

Namun dalam perjalanan, Arun keciciran gambar bapanya yang sudah meninggal dunia. Kerana itu, ketiga-tiga sahabat itu terlewat tiba di stadium dan mereka tidak dapat menyertai sambutan bersejarah itu.

Namun, kisah ‘pengembaraan’ mereka itu kekal dalam ingatan, seperti juga persahabatan mereka.

Iklan berdurasi penuh 5 minit 17 saat itu menerima reaksi positif netizen di laman sosial.Ā Video penuh iklan tersebut boleh ditonton di laman Youtube Petronas Official. Video itu kini mencecah tontonan hampir 70 ribu selepas dimuat naik pada Jumaat.

Related posts

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Saksikan Trailer ‘Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves’ & Poster Karakter Terbaru

Kakimuvee

Netflix Keluarkan Video Klip dan Poster Pertama ‘Murder Mystery 2’

Kakimuvee

Apple TV+ Lancar Trailer Filem Lakonan Ana de Armas & Chris Evans “Ghosted”

Kakimuvee

[TRAILER] Keira Knightley Bintangi Filem Jenayah Disney+ Hotstar ā€œBoston Stranglerā€

Kakimuvee

[TRAILER] The Flash: Barry Allen Terperangkap Dalam Realiti Alternatif Tanpa Metahuman.

Kakimuvee

Leave a Comment