Slot Tempatan

Iflix Gagal Buat Bayaran Kepada Produksi Filem DAULAT

Views

Pandemik COVID-19 menyaksikan banyak studio penerbitan memilih untuk menayangkan filem terbaru mereka di laman penstriman, sama ada di Netflix, Iflix dan sebagainya. Sudah tentu tujuannya adalah mahu mendapat pulangan selepas pawagam tidak beroperasi.

Namun begitu, tidak semua perancangan berjalan seperti yang diharapkan.

Sebuah syarikat penerbitan tempatan terpaksa memuatnaik kenyataan di media sosial selepas mereka tidak mendapat sebarang bayaran dari syarikat penstriman.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan laman Facebook rasmi Daulat, Iflix sepatutnya membuat bayaran hak tayangan filem Daulat kepada mereka (Lacuna Pictures). Tarikh akhir bayaran sepatutnya 1 Julai yang lalu, tetapi mereka masih belum menerima sebarang bayaran dari Iflix.

Agak mendukacitakan apabila sebuah syarikat streaming terkenal gagal membuat bayaran kepada produksi tempatan. Sudah tentu, mereka mengharapkan bayaran tersebut agar dapat dapat terus beroperasi dikala krisis pandemik COVID-19.

Diharapkan pihak Iflix dan Lacuna Pictures dapat selesaikan masalah ini

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks