Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Iedil Putra Tidak Menggunakan Pengaruh Isteri Untuk Lebarkan Kerjayanya Di Indonesia


Bintang filem Interchange, Iedil Putra menegaskan beliau tidak menggunakan pengaruh isterinya yang juga merupakan pelakon Indonesia, Prisia Nasution untuk melebarkan kerjaya  seninya di negara Indonesia. Sebaliknya beliau memberitahu produksi di sana sudah mengenalinya sebagai pelakon dari Malaysia.

Beliau berkata demikian semasa ditemubual oleh wartawan Sinar Harian

“Isteri saya tak pernah buka peluang itu. Biasanya, apabila berjumpa kawan-kawan kita hanya sekadar melepak. Tapi sebenarnya ramai yang kenal saya melalui filem Interchange apatah lagi filem itu juga sempat menjelajah ke festival filem dan bertemu dengan beberapa deligasi di sana. Mereka sedar kewujudan saya bukanlah hanya kerana sebagai suami Prisia, tetapi juga sebagai pelakon dari Malaysia,”

Pelakon berusia 32 tahun itu berkata dia kini sedang cuba untuk melebarkan sayap dalam industri lakonan di Indonesia dan mahu mencuba semua sekiranya mempunyai peluang.

Antara yang ingin dicubanya adalah berlakon dalam sinetron panjang, yang mana sebelum ini dia terpaksa menolak tawaran berikutan jadual bertindih.


Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai pelakon tempatan melebarkan sayap ke negara jiran, Iedil melihat ia sebagai satu langkah yang cukup positif dalam industri di rantau Asia Tenggara.

Malah tambahnya sekiranya produksi filem dari Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura sering melakukan kolaborasi, tidak mustahil untuk filem dari Asia Tenggara mampu bersaing dengan filem Hollywood.

Sementara itu, dalam perkembangan terbarunya Iedil baru sahaja muncul dengan drama bersiri terbaru yang diadaptasi dari novel thriller popular berjudul “Mandatori”.

Dalam drama tersebut, ia turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Aeril Zafrel, Siti Saleha, Alvin Wong, Amerul Affendi, Chew Kin Wah dan Vanidah Imran.

Sumber: Cinema Online


Related posts

Extraction 2: Aaron Aziz, Iedil Putra Berada Di Atas Pentas Bersama Chris Hemsworth

Kakimuvee

Dr Soo Wincci Cuba Tembusi Hollywood

Kakimuvee

Apa Kata Selebriti Selepas PRU 14 Semalam

Is Mohd

MBO Bakal Dibuka di Kempas, Johor & Atria Shopping Gallery, Petaling Jaya

Is Mohd

Penggambaran Filem Abang Long Fadil 3 Akan Bermula Selepas Raya

Is Mohd

Que Haidar Masih Aktif Berlakon Tetapi Selektif

Is Mohd