
Pelakon Idris Khan memberitahu bahawa dia bakal terlibat dengan penggambaran sekuel filem aksi “Polis Evo 2” tidak lama lagi.
Idris yang terkenal dalam drama-drama di slot Akasia TV 3 bagaimanapun tidak dapat mendedahkan butiran lanjut mengenai tarikh sebenar penggambaran atau watak yang bakal digalasnya.
Terdahulu, filem “Polis Evo” arahan Ghaz Abu Bakar telah mencetuskan fenomena apabila ia telah berjaya mendapat kutipan lebih RM17 juta dan dikatakan dalam proses pengambaran dan memilih para pelakon termasuk pelakon-pelakon tambahan.
Filem terbitan Astro Shaw ini menampilkan kembali dua pelakon hebat sebagai pelakon utama iaitu Shaheizy Sam dan Zizan Razak.