Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Idris Elba Masih Berminat Untuk Kembali Ke Francais Thor Sebagai Heimdall

Walaupun wataknya telah dibunuh dalam filem Avengers: Infinity War, ia tidak menghalang buat pelakon Idris Elba menyatakan minatnya untuk kembali ke francais Thor sebagai Heimdall.

Pelakon tersebut berkata demikian ketika ditemubual oleh wartawan sempena mempromosikan filem Fast & Furious Presents: Hobbs & Shaw.

“Dengar, Heimdall pada dasarnya adalah sebahagian daripada keluarga dewa,” jelas bintang The Suicide Squad itu.

“Jadi anda tahu, dia sebenarnya boleh hidup, saya hanya berkata, watak Heimdall boleh kembali, anda tahu, mitos Thor … Dan saya pasti akan ada cara yang menarik untuk menghidupkannya.”

Dalam filem Avengers: Age of Ultron, Marvel Studios ada memaparkan satu babak yang menyaksikan Heimdall menyebut “Thor memimpin rakyatnya” ke alam kematian, iaitu “Hel”. Hel merupakan tempat dimana terletaknya roh-roh mereka yang telah mati. Jika Thor boleh pergi ke alam tersebut, tiada yang mustahil untuk watak Heimdall kembali dihidupkan dalam Marvel Cinematic Universe.

Jadi kepada peminat-peminat Marvel, adakah anda berminat untuk melihat watak Heimdall kembali dalam MCU? kongsikan pendapat anda.

Related posts

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Keanu Reeves Tidak Mahu Neo & John Wick Dijadikan Karakter Dalam Permainan Video Mortal Kombat

Kakimuvee

[VIDEO] Prolog ‘Jurassic World Dominion’ Membawa Peminat Kembali 65 Juta Tahun Yang Lalu

Kakimuvee

Leave a Comment