Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Idea Flashpoint Mungkin Akan Digunakan Dalam Filem The Flash 2


Sebelum Andy Muschietti ditugaskan untuk menerajui filem The Flash, pelbagai idea telah cuba dicurahkan untuk dijadikan plot utama filem solo The Flash itu. Antaranya memasukkan jalan cerita Flashpoint. 

Idea tersebut memberi keterujaan peminat DCEU kerana dilihat berpotensi untuk menekan butang ‘reset’ bagi membetulkan dunia sinematik DC yang pada waktu itu berada dalam keadaan celaru.

Bagaimanapun, selepas Muschietti dipilih untuk mengarahkan filem The Flash, idea Flashpoint tidak lagi digunapakai. Tetapi ia tidak bermakna Warner Bros. membuang idea tersebut.

Berdasarkan khabar angin terbaru dari Hollywood, berkemungkinan idea tersebut akan digunakan dalam filem sekuel The Flash. Maklumat spesifik masih lagi tidak diketahui, tetapi difaham, idea itu ingin digunakan Warner Bros. bagi menyelaraskan dunia sinematik mereka.

Batman telahpun berlaku perubahan dimana Robert Pattinson dibawa masuk untuk menggantikan Ben Affleck, dan perkhabaran terbaru dari DC juga turut mendedahkan bahawa mereka kini sedang mencari pelakon baru untuk watak Superman selepas Henry Cavill tidak lagi membawa watak tersebut.


Warner Bros. juga dilaporkan ingin menghasilkan semula filem Justice League, jadi tidak mustahil idea Flashpoint akan digunapakai untuk membawa masuk Batman dan Superman menyertai adiwira asal dalam filem reboot Justice League selepas Affleck dan Cavill meninggalkan DCEU.

Setakat ini, idea Flashpoint untuk filem sekuel The Flash masih lagi dianggap spekulasi. The Flash dijangka akan memulakan penggambarannya pada Januari tahun hadapan dan ditayangkan pada 2021.

Sumber: We Got This Covered


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee