Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Icon Star Wars, Carrie Fisher Meninggal Dunia

Icon filem Star Wars yang juga pelakon watak Princess Leia, Carrie Fisher dilaporkan meninggal dunia pada usia 60 tahun beberapa jam yang lalu

Berita kematian aktres Hollywood itu dimaklumkan oleh anak perempuannya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap keluarga, Simon Halls.

“Billie Lourd dengan sedih mengesahkan bahawa ibunya tercinta Carrie Fisher meninggal dunia pada 8:55 pagi ini (waktu tempatan),”

“Dia disayangi oleh seluruh dunia, dan dia akan dirindui.”

Fisher dilaporkan mengalami serangan jantung semasa dalam penerbangan dari London ke Los Angeles pada Jumaat lalu. Beliau diperiksa oleh paramedik dan dikejarkan ke Pusat Perubatan UCLA Ronald Reagan.

Carrie Fisher pernah muncul dalam filem-filem Star Wars termasuklah yang terbaruĀ Star Wars Episode VII: Force Awakens.Ā Selain itu juga dia pernah berlakon dalam beberapa filem lain termasuklahĀ Shampoo (1975), The Blues Brothers (1980), Hannah and Her Sisters (1986), The ‘Burbs (1989), danĀ When Harry Met Sally… (1989).

Pemergian Fisher pasti dirindu peminat-peminat Star Wars kerana lakonannya sebagai watak Princess Leia

Related posts

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Bintang John Wick Lance Reddick Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

Kakimuvee

Zack Snyder Goda Video Transmisi Dari Lord Darkseid

Kakimuvee

Viu Jadi Pemacu Utama Pertumbuhan Langganan OTT Asia Tenggara Pada Suku ke-4 2022, Menurut Laporan MPA

Kakimuvee

Anime Jepun Pasca Apokaliptik ‘Tengoku Daimakyo’ Akan Tersedia Untuk Penstriman Di Disney+ Hotstar Pada April Ini.

Kakimuvee

Rating Awal Rotten Tomatoes ‘John Wick: Chapter 4’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Leave a Comment