Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“I Want to Be A Film Maker” Tawar Biasiswa RM100K

david teo

Berita baik buat mereka yang bercita – cita menjadi pembikin filem. Sebuah rancangan realiti baru akan ditayangkan tidak lama lagi dan rancangan realiti ini memaparkan tentang pembikinan filem. Rancangan realiti ini diberi nama “I Want to Be A Film Maker” akan memulakan pengambaran pada September ini.

Ianya terbuka kepada pembikin filem yang berusia diantara 17 sehingga 22 tahun dengan kelulusan SPM, STPM atau Diploma boleh menyertainya dan mempunyai pengentahuan asas mengenai pembikinan filem.

“Penggambaran rancangan ini akan bermula dari 1 September sehingga hujung bulan, walaupun ia belum dimuktamadkan bila ia akan disiarkan di Hypp TV,” kata Veronica yang merupakan wakil MIG.

Rancangan ini mempunyai sebanyak 10 episod dengan durasi selama sejam setiap episod, di mana setiap episod akan menyaksikan peserta diberi tugasan berkaitan dengan pembikinan filem merangkumi pre-produksi sehingga post-produksi.

Pemenang “I Want to Be A Film Maker” akan mendapat biasiswa dari Yayasan Telekom sehingga RM100 ribu untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan perfileman di Multimedia University (MMU) Nusajaya.

Bagi peserta yang ingin menyertai rancangan realiti tv ini, permohonan untuk menyertai program ini akan dibuka sehingga 10 Ogos 2015.

Anda boleh lawati  profile @migonline untuk maklumat lanjut.

https://instagram.com/p/42-OoPGjbG/

Related posts

Legendary Dedah Poster Terbaru “Godzilla vs Kong”, Trailer Akan Dilancarkan Ahad Ini

Kakimuvee

Chris Hemsworth Dedah Penggambaran “Thor: Love and Thunder” Akan Bermula Minggu Ini

Kakimuvee

Wonka: Tom Holland & Timothée Chalamet Diintai Warner Bros. Untuk Peranan Utama Dalam Prekuel “Charlie and the Chocolate Factory”

Kakimuvee

Simu Liu Kata Shang-Chi Mampu Tewaskan Hulk & Iron Man!

Isqandar

Warner Bros. Akan Hasilkan Prekuel “Charlie and the Chocolate Factory”

Kakimuvee

Sekuel “Extraction” Dijangka Memulakan Penggambaran Pada Musim Luruh

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating