Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Hyun Bin, YoonA, Yoo Hae Jin, Daniel Henney, & Jin Sun Kyu Sah Sertai Sekuel “Confidential Assignment”


Barisan pelakon untuk filem sekuel Confidential Assignment telah diumumkan!

Diarahkan oleh Kim Sung Hoon, filem pertama Confidential Assignment yang ditayangkan pada 2017 mengisahkan tentang detektif Korea Utara Rim Chul Ryung (Hyun Bin) dan detektif Korea Selatan Kim Jin Tae (Yoo Hae Jin) bekerjasama untuk menangkap ketua penjenayah (Ju-hyuk Kim). YoonA turut muncul dalam filem pertama sebagai adik ipar kepada Kang Jin Tae.

Sekuel akan bertajuk Confidential Assignment 2: International dan mengikuti kisah Rim Chul Ryung yang pergi ke Korea Selatan untuk mengejar organisasi jenayah rahsia yang kejam. Dia kembali bekerjasama dengan Kang Jin Tae, yang menawarkan diri untuk bekerjasama dengan detektif Korea Utara itu dalam usaha menyertai kembali pasukan penyiasat setelah melakukan kesilapan yang menyebabkan dia diletakan di jabatan jenayah siber. 

Turut menyertai barisan pelakon adalah Daniel Henney dan Jin Sun Kyn. Henny akan memainkan peranan sebagai Jack, detektif FBI dari Amerika Syarikat, yang menjejaki organisasi jenayah Korea Utara yang telah menyebabkan kekacauan di seluruh dunia. Jin Sun Kyu memainkan peranan sebagai Jang Myung Joon, ketua organisasi jenayah. 

YoonA kembali sebagi Park Min Young, adik ipar kepada Kang Jin Tae yang menunjukkan minat terhadap Rim Chul Ryung. Dia menggelar dirinya sebagai YouTuber kecantikan, tetapi di mata kakaknya, dia hanya menganggur.


Sekuel akan diarahkan oleh Lee Seok Hon, yang pernah mengarah filem seperti The Pirates dan The Himalayas. Penggambaran dijadualkan bermula pada Februari ini.

Sumber: Soompi


Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee