Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Hyun Bin & Yoo Hae Jin Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Sekuel “Confidential Assignment”

Selepas muncul dalam filem hit Confidential Assignment, pelakon Hyun Bin dan Yoo Jae Jin mungkin akan bekerjasama lagi dalalm filem sekuel akan datang.

Menurut laporan Soompi, Yoo Hae Jin dan Hyun Bin telah diberi tawaran untuk muncul dalam sekuel Confidential Assignment. Agensi kedua-dua pelakon tersebut, Huayi Brothers Korea dan VAST Entertainment telah mengesahkan berita dan kedua-dua pelakon itu sedang meneliti tawaran berlakon.

Filem yang ditayangkan pada 2017 ini diarahkan oleh Kim Sung Hoon, dan menceritakan kisah detektif Korea Utara Rim Chul Ryung (Hyun Bin) yang bekerjasama dengan detektif dari Korea Selatan, Kang Jin Tae (Yoo Hae Jin). Confidential Assignment merupakan antara filem yang sukses pada 2017 selepas berjaya menarik lebih 7.81 juta penonton.

Sekuel Confindential Assignmnet sedang dalam peringkat suntingan akhir skrip.

Hyun Bin kini sedang menjalani penggambaran di Jordan untuk filem Bargaining, manaka Yoo Hae Jin bakal muncul dalam filem terbaru berjudul Space Sweepers.

Related posts

[TRAILER] Netflix Tetapkan Tarikh Tayangan “Alice in Borderland” Musim 2

Kakimuvee

[VIDEO] tvN Tetapkan Tarikh Tayangan “Poong, The Joseon Psychiatrist” Musim 2, Saksikan Teaser Disini

Zulaikha

Disney+ Tetapkan Tarikh Tayangan Untuk Siri Seram-Thriller Jepun ‘Gannibal’

Kakimuvee

Rating “Reborn Rich” Meningkat Ke Tahap Tertinggi

Zulaikha

Rancangan Sebenar Akan Bermula Dalam Trailer “Money Heist: Korea Part 2”

Kakimuvee

“The King’s Affection” Menjadi K-Drama Pertama Di 50th International Emmys

Zulaikha

Leave a Comment