tvN telah melancarkan poster drama terbaru mereka berjudul Crash Landing on You, tayangan bermula pada 14 Disember ini.
Crash Landing on You ini mengisahkan Son Ye-Jin membawa watak anak orang kaya Korea Selatan bernama Yoon Se-Ri dan Hyun-Bin membawa watak tentera Korea Utara bernama Lee Jung-Hyeok. Kemalangan luncur layar udara menyebabkan Yoon Se-Ri mendarat di Korea Utara dan Lee Jung-Hyeok melindunginya dari sebarang ancaman.
Drama ini diarahkan oleh Lee Jeong-hyo manakala skrip ditulis oleh Park Ji-eun. Selain tvN, peminat juga boleh menonton drama Crash Landing on You dilaman penstriman Netflix.