Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Hyun Bin, Itaewon Class Menang Anugerah Utama Di APAN Star Awards 2020

Pelakon Hyun Bin dan drama Itaewon Class berjaya membawa pulang trofi utama dalam upacara 2020 APAN Star Awards yang berlangsung pada 23 Januari. 

APAN Star Awards adalah upacara penghargaan untuk kecemerlangan televisyen di Korea Selatan dan sumbangan kepada Hallyu (gelombang Korea), yang dianjurkan oleh Korea Entertainment Management Association (CEMA).

Calon untuk anugerah dipilih dari drama Korea yang ditayangkan di tiga rangkaian penyiaran utama (KBS, MBC dan SBS) dan saluran kabel (tvN, jtbc, OCN, MBN dan TV Chosun) dari Oktober tahun sebelumnya hingga September semasa tahun.

Hyun Bin menjadi pelakon terbaik 2020 dengan memenangi anugerah Daesang (Grand Prize) untuk perananya sebagai Ri Jun Hyuk dalam drama tvN Crash Landing on You. 

Advertising

Dalam ucapannya, Hyun Bin gembira dapat memulakan tahun 2021 dengan memenangi anugerah besar, dan mengucapkan terima kasih kepada para peminat seluruh dunia yang menyokong drama Crash Landing on Yoi, para pelakon, pengarah, penulis dan staf produksi 

Berikut adalah senarai pemenang 2020 APAN Star Awards:

  • Daesang (Grand Prize): Hyun Bin (“Crash Landing on You”)
  • Drama of the Year: “Itaewon Class”
  • Top Excellence Award, Actor in a Miniseries: Kang Ha Neul (“When the Camellia Blooms”)
  • Top Excellence Award, Actress in a Miniseries: Kim Hee Sun (“Alice”)
  • Top Excellence Award, Actor in a Serial Drama: Lee Sang Yeob (“Once Again”)
  • Top Excellence Award, Actress in a Serial Drama: Lee Min Jung (“Once Again”)
  • Excellence Award, Actor in a Miniseries: Park Hae Joon (“The World of the Married”)
  • Excellence Award, Actress in a Miniseries: Seo Ye Ji (“It’s Okay to Not Be Okay”)
  • Excellence Award, Actor in a Serial Drama: Lee Sang Yi (“Once Again”) 
  • Excellence Award, Actress in a Serial Drama: Shim Yi Young (“My Wonderful Life”)
  • Best New Actor: Lee Do Hyun (“18 Again”), Jang Dong Yoon (“Tale of Nokdu”)
  • Best New Actress: Jeon Mi Do (“Hospital Playlist”)
  • Best Supporting Actor: Oh Jung Se (“It’s Okay to Not Be Okay,” “Stove League”), Kim Young Min (“The World of the Married,” “Crash Landing on You”)
  • Best Supporting Actress: Kim Sun Young (“Crash Landing on You,” “Backstreet Rookie”)
  • Best Writer: Lee Shin Hwa (“Stove League”)
  • Best Director: Cha Young Hoon (“When the Camellia Blooms”)
  • Best Manager: Kang Geon Taek (VAST Entertainment)
  • Web Drama Award: “Best Mistake”
  • Short-Form Drama Award: “Live Like That” (KBS 2TV)

Pemenang anugerah populariti diumumkan terlebih dahulu. Seo Ye Ji dan Kim Soo Hyun menang untuk peranan mereka dalam It’s Okay to Not Be Okay, ahli kumpulan BTS, V menang untuk OST “Sweet Night” dari Itaewon Class, dan Son Ye Jin memenangi KT Seezn Star Award (Actor).

Sumber: Soompi

Advertising

Related posts

“The Penthouse 2” Rampas Kedudukan Pertama Dalam Senarai Mingguan Drama Paling Popular

Zulaikha

Netflix Lancar Trailer Pertama “Love Alarm” Musim Kedua

Zulaikha

Tayangan “Dear.M” Ditunda Susulan Kontroversi Melibatkan Park Hye Soo

Zulaikha

Love Alarm Season 2 Character Posters Released

Zulaikha

Lee Je Hoon Bersedia Untuk Balas Dendam Dalam Poster Drama Terbaru “Taxi Driver”

Kakimuvee

Rating “River Where The Moon Rises” Terus Kukuh

Zulaikha

Leave a Comment