Semasa Marvel mendedahkan karakter baru mereka yang cukup mengerunkan iaitu Hulkverine (Wolverine/Hulk hybrid) beberapa bulan yang lalu, peminat-peminat siri Marvel itu mula tertanya-tanya, apakah tujuan mereka menghasilkan karakter yang dianggap cukup berkuasa itu.
Persoalan itu terjawab apabila Marvel melancarkan sebuah komik crossover karya Greg Pak, Weapon X dan Totally Awesome Hulk iaitu Weapon of Mutant Destruction: Alpha #1 pada 21 June yang lalu.
Batch-H (Code name untuk karakter tersebut buat masa ini) adalah ciptaan terbaru William Stryker dalam program Weapon X hasil gabungan DNA Wolverine dan Hulk dimana dia sedang mencipta askar terbaru untuk memburu mutant-mutant yang wujud dimuka Bumi.
Dalam siri tersebut Mutant Assassin yang dianggotai oleh Old Man Logan, Sabretooth, Lady Deathstrike, Domino dan Warpath (Weapon X) telah bergabung dengan Amadeus Cho, iaitu Hulk terbaru (Totally Awesome Hulk) untuk mengentahui perkembangan dan memburu Weapon X terbaru ciptaan William Stryker dan juga memusnahkan cyborg super-soldier yang digunakan untuk memburu mutant.
Hasil gabungan abiliti yang ada pada Wolverine dan kebijaksanaan yang ada pada Hulk, Batch-H jika disempunakan, pasti memberikan masalah besar kepada golongan mutant dan William Stryker akhirnya akan dapat menghasilkan ciptaan yang diidam-idamkannya, sebuah mesin pembunuh mutant yang sangat berkuasa dan sukar ditewaskan oleh mana-mana mutant yang wujud.
Bagi yang ingin mengentahui dengan lebih lanjut mengenai siri komik terbaru Marvel ini, anda boleh lawati laman Readcomics.