Berita

Hulkling Bakal Membuat Debut Di MCU, Mungkin Ada Kaitan Dengan S.W.O.R.D.

Views

Nampaknya, mungkin terdapat satu lagi ahli Young Avengers yang akan menyertai Cassie Lang dalam Marvel Cinematic Universe (MCU).

Menurut laporan dari Comicbookmovie.com, pencarian pelakon untuk watak Teddy Altman, aka Hulkling sedang dilakukan untuk projek Marvel akan datang, dan dipercayai karakter tersebut akan membuat debut dalam siri Disney+ WandaVision. 

Marvel dikatakan sedang mencari remaja atau lelaki muda berusia diantara 16-23 tahun untuk membawa watak Teddy, dan watak tersebut digambarkan sebagai "Skrull yang memerlukan bantuan daripada S.W.O.R.D. untuk kekal selamat di Bumi". Dalam versi komik, Hulkling merupakan kacukan Kree-Skrull.

Apapun, laporan dari laman tersebut masih dianggap sebagai khabar angin memandangkan pihak studio tidak memberi sebarang pengesahan atau pengumuman. Kita mungkin dapat mengentahui karakter-karakter yang bakal membuat debut dalam WandaVision atau siri / filem MCU yang lain sebaik sahaja penggambaran bermula atau diumumkan pihak studios.

Kepada para peminat Marvel, adakah anda teruja jika Hulkling membut debut di MCU? kongsikan pendapat anda.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks