Hulk Bawa Watak Utama Dalam Filem Thor: Ragnarok

0
755
views

Hulk-Avengers-Age-of-Ultron-poster-excerpt

Mark Ruffalo (Hulk) dikatakan akan menyertai Chris Hemsworth (Thor) dan Tom Hiddleston (Loki) dalam filem terbaru Thor: Ragnarok, tetapi karakter yang dibawa bukan pelakon  tambahan mahupun watak 'cameo', tetapi sebagai watak utama dalam filem tersebut.

Sebelum ini Mark Ruffalo banyak berlakon sebagai pelakon pembantu dalam filem-filem Marvel dan ini merupakan filem pertamanya sebagai pelakon utama dan akan berlakon sebagai Hulk dalam filem terbaru Marvel itu.

Dalam filem Thor: Ragnarok, Bruce Banner akan menyertai rakannya dalam kumpulan Avengers iaitu Thor memerangi Loki dan angkatan tenteranya. Namun bagitu, maklumat lanjut mengenai watak yang akan dibawa oleh Hulk masih belum didedahkan oleh pihak produksi.

Dalam filem terbaru Thor akan datang, kita boleh melihat bagaimana Hulk dan Thor bekerjasama untuk menentang musuh. Jika anda merupakan kaki filem Marvel, pasti anda tahu bagaimana Hulk dan Thor berinteraksi. Dalam filem ini juga nanti, kita akan dapat melihat bagaiman Hulk menyesuaikan diri didunia yang didiami oleh Thor.

Filem Thor: Ragnarok merupakan fasa ketiga filem Marvel dan akan ditayangkan pada 3 November 2017.

 

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here