Apabila diangkat menjadi aktor yang membawakan watak Logan dalam filem pertama X-Men, Hugh Jackman dan studio FOX menerima kecaman yang teruk kerana pemilihan tidak mengikut apa speksifikasi karakter di dalam komik. Hugh Jackman merupakan seorang aktor yang tinggi sedangkan karakter Logan adalah yang paling rendah dalam setiap karakter mutant.
Namun hari ini, dari dikritik teruk diawal pemulaannya kariernya sebagai Wolverine, Hugh Jackman antara aktor yang paling diminati dan akan diingati oleh peminat-peminat filem superhero terutamanya yang meminati karakter Wolverine.
Penamat yang begitu sedihĀ seiring dengan bersaranya Hugh Jackman sebagai Wolverine telah memberi kesan besar kepada penonton. Walaupun karakter-karakter superhero boleh diganti dengan aktor lain sepertimana Superman, Batman dan lain-lain, tetapi Hugh Jackman telah mencipta satu trademark dikalangan peminat, Logan aka Wolverine adalah hak milik mutlak Hugh Jackman, tiada siapa yang layak untuk membawa karakter tersebut.
https://www.instagram.com/p/BRREc1CDTGy/?taken-by=thehughjackman
Bagi mengucapkan terima kasih kepada penonton yang sentiasa memberi sokongan kepada beliau, Hugh Jackman telah memuatnaik video pendek dilaman instagramĀ nya yang menunjukan karaktur Logan yang dihasilkan oleh peminatĀ disertakan dengan lagu “Hurt” nyanyian Johnny Cash.
Video yang dimuat naik semalam telah menerima 15 ribu komen yang mengucapkan terima kasih kepada Hugh yang telah membawa watak Logan. Ianya sangat beremosi buat Hugh Jackman dan peminat yang akan mengingati kariernya sebagai Logan selama 17 tahun, satu-satunya watak superhero yang tidak pernah diganti sejak ia mula diperkenalkan dalam dunia filem.