Berita

Hugh Jackman Hampir Bintangi Filem CATS

Views

Filem musikal Cats merupakan salah satu filem paling teruk sepanjang tahun 2019. Meskipun dibintangi beberapa pelakon berbakat besar, ia masih gagal menarik minat para pengkritik profesional dan penonton.

Bercakap mengenai barisan pelakon Cats, tahukan anda bahawa Hugh Jackman hampir sahaja membintangi filem arahan Tom Hooper itu.

Ketika ditemubual The Daily Beast baru-baru ini, calon Oscar Hugh Jackman mendedahkan bahawa dia menolak peranan dalam filem Cats setelah pengarah Les Misérables, Tom Hooper menghubunginya semasa pra-produksi untuk membincangkan peranan yang mungkin dimainkan oleh Jackman.

Aktor tersebut memberitahu bahawa percanggahan jadual menjadi punca dia menolak tawaran tersebut.

“There were a couple of options there based on availability and time, but I just wasn’t available at the time.”

Jackman bagaimanapun enggan mendedahkan perasaannya selepas menolak tawaran untuk membintangi filem Cats dan menyifatkan Tom Hooper merupakan antara pengarah terhebat. Untuk info, Jackman dan Hooper pernah bekerjasama dalam filem musikal Les Misérables yang menjadi hit pada tahun 2012.

BACA:  11 LIFE LESSONS FROM IT’S OKAY TO NOT BE OKAY  

Cats bukan sahaja dikritik teruk oleh pengkritik dan peminat, malah turut gagal di pentas box office, apabila hanya memperolehi $69.9 juta dolar dari modal pembikinan yang dianggarkan sekitar $ 95 juta.

Tinggalkan Balasan

shares