Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Gosip

Hugh Jackman Bersyukur Rumah Tangganya Bahagia

Hugh Jackman

AKTOR Hugh Jackman yang bakal menyambut ulang tahun perkahwinan ke-20 pada April depan bersama Deborra-Lee Furness, 60, menyifatkan rumah tangganya semakin sempurna hari demi hari.

Menurut laporan etonline, Hugh, 47, menerusi program bual bicara Ellen Degeneres Show, katanya dia mempunyai seorang isteri yang sangat memahami kerjayanya.

“Dia (isteri) seorang wanita yang terbaik. Saya bersyukur kerana hidup susah senang bersama dan Kejayaan yang saya kecapi sekarang juga kerana kami lakukan ia bersama.

“Saya bersyukur kerana rumah tangga kami menjadi lebih kukuh dan sempurna hari demi hari,” katanya.

Dalam pada itu, bintang filem Wolverine itu turut berkongsi pertama kali dia berkenalan dengan Deborra.

“Saya berjumpa dengan Deborra ketika pertama kali saya terlibat dengan penggambaran sebuah filem dan terus sukakannya.

“Malah seluruh kru produksi meminati Deborra dan saya berasa sangat segan kerana tidak bercakap dengannya untuk beberapa minggu,” ujarnya.

Related posts

Ziana Zain Rindukan Dunia Lakonan

Kakimuvee

Mark Wahlberg “Sound” Justin Bieber

Kakimuvee

Artis Korea, Video Jinyoung Elak Dari Bersalam Dengan Peminat Muslim

Kakimuvee

Uqasha Senrose Lebih Selesa Tidak Bertudung

Kakimuvee

Telefon Ayda Jebat Dirampas Ketika Berselfie Dengan Bintang Running Man

Is Mohd

Raysha Rizrose Tidak Heran Dengan Kritikan Netizen

Kakimuvee

Leave a Comment