Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Hugh Jackman Beri ‘Hint’ Akan Kembali Sebagai Wolverine


Seperti yang peminat tahu, bintang X-Men Hugh Jackman pernah mengumumkan persaraannya dari membawa watak ‘Wolverine’. Sudah tentu, filem terakhirnya dalam francais X-Men, Logan menjadi satu filem yang cukup beremosi kepada peminat. 

Tetapi, baru-baru ini pelakon itu telah membuatkan peminat berspekulasi mengenai kepulangan sebagai Wolverine.

Menerusi laman Instagram, Jackman telah kongsikan sekeping karya seni Wolverine oleh BossLogic dan kemudiannya, menyiarkan semula foto lamanya bersama Kevin Feige di Comic-Con. Banyak peminat tertanya-tanya apa niat sebenar pelakon itu? adakah sekadar gurauan atau memberi ‘hint’ tentang kepulangan semula sebagai Wolverine. 

Harus diingat, apa yang dikongsikan Jackman tidak bermakna ia telah disahkan, mungkin pelakon itu sekadar berkongsi kembali kenangannya membawa watak Wolverine dan bertemu dengan Fiege. Tetapi kita juga tidak boleh menolak kemungkinan yang dia akan kembali dalam francais X-Men. 

Beberapa tahun yang lalu, Jackman pernah berkata sekiranya X-Men diperkenalkan di MCU, dia akan terus membawa watak Wolverine. Kenyataannya dibuat pada 2017, ketika hak X-Men masih lagi dibawah Fox.


Tetapi sekarang, X-Men telahpun bergabung dengan MCU, dan keinginan Jackman pasti dapat direalisasikan sekiranya Disney berminat untuk mendapatkan kembali khidmatnya. Tambahan pula, populariti Jackman sebagai Wolverine masih lagi tinggi dikalangan peminat dan pasti memberi keuntungan kepada Disney. 


Related posts

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Matlamat Suci Loki Ditunjukkan Dalam Finale Siri ‘Loki’

Kakimuvee