Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“How Do You Play?” No. 1 Dalam Ranking Reputasi Jenama Rancangan Variety Untuk Bulan Ogos

Sumber gambar: Allkpop

Institut Penyelidikan Perniagaan Korea telah mendedahkan kedudukan reputasi jenama rancangan ‘variety’ untuk bulan Ogos. 

Kedudukan tersebut ditentukan melalui analisis penyertaan pengguna, interaksi, liputan media, kesedaran komuniti dan indeks penonton bagi 50 program varieti popular, menggunakan data besar yang dikumpul dari 7 Julai hingga 7 Ogos.

Rancangan varieti MBC How Do You Play menduduki senarai bulan ini dengan indeks reputasi jenama sebanyak 6,615,801, peningkatan sebanyak 61.98 peratus berbanding markah yang dicatatkannya pada buan Julai. Analisis positif-negativiti program juga mendedahkan skor sebanyak 75.90 peratus tindak balas positif.

Satu lagi program MBC, Home Alone (I Live Alone), naik ke tempat kedua selepas menikmati peningkatan sebanyak 74.73 peratus dalam indeks reputasi jenamanya sejak bulan lepas, menjadikan jumlah markahnya untuk Ogos kepada 6,446,333.

Sementara program SBS, My Little Ole Boy mengekalkan tempatnya di tangga ketiga dengan indeks reputasi jenama sebanyak 4,295,832, menandakan peningkatan 9.07 peratus berbanding markahnya pada bulan Julai.

Berikut ada senarai 20 teratas ranking reputasi jenama rancangan ‘variety’ untuk bulan ini:

  1. How Do You Play?
  2. Home Alone (I Live Alone)
  3. My Little Old Boy
  4. Running Man
  5. Call of the Country
  6. 2 Days & 1 Night Season 4
  7. Knowing Bros (Ask Us Anything)
  8. Shooting Stars (Kick a Goal)
  9. Radio Star
  10. The King of Mask Singer
  11. Immortal Songs
  12. Tuesday Night Is the Best
  13. National Singing Competition
  14. The Backpacker Chef
  15. Win or Nothing (Strongest Baseball)
  16. Divorced Singles
  17. The Manager
  18. Tasty Guys
  19. Youth Star
  20. Europe Outside the Tent

Sumber: Soompi

Related posts

Persahabatan Mereka Terjalin Di Gelanggang Tinju Dalam Trailer Kdrama Terbaru ‘Bloodhounds’

Kakimuvee

Don Lee Kembali Menampar Dalam Filem Terbaru ‘The Roundup: No Way Out’

Kakimuvee

Trailer Pertama Filem Korea “Cobweb” Arahan Kim Jee-Won Telah Dilancarkan

Kakimuvee

Kim Myung Soo Berjanji Untuk Membalas Dendam Dalam Teaser Drama Terbaru “Numbers”

Zulaikha

“The Secret Romantic Guesthouse” Capai Rating Tertinggi Menjelang Minggu Terakhir

Zulaikha

Poster Karakter “Happiness Battle” Soroti Watak-Watak Lakonan Lee El, Jin Seo Yeon, Cha Ye Ryun & Ramai Lagi

Kakimuvee

Leave a Comment