Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Hotel Transylvania: Transformania” Ditunda Ke Bulan Oktober

Filem animasi terbaru Sony Pictures, Hotel Transylvania: Transformania telah ditunda dari tarikh 23 Julai ke 1 Oktober 2021. Filem keempat Hotel Transylvania itu akan berentap dengan filem The Addams Family 2 dan Dune, yang turut dilancarkan pada minggu yang sama. 

Filem terbaru ini tidak akan menampilkan Adam Sandler sebagai pelakon utama dan suara Dracula, setelah menyuarakan watak itu dalam tiga filem pertama. Watak Dracula kini disuarakan oleh Brian Hull, yang pertama kali mengambil alih perana itu dalam filem pendek Monster Pets yang baru dilancarkan. Walaupun tidak menampilkan Sandler, pelakon utama francais Selena Gomez, yang membawa suara Mavis dalam setiap filem, tetap kembali untuk filem keempat dan turut berfungsi sebagai penerbit eksekutif.

Turut menyumbangkan suara adalah Andy Samberg, David Spade, Molly Shannon, Steve Buscemi, Keegan-Michael Key, Asher Blinkoff, Fran Drescher, Kathryn Hahn, dan Jim Gaffigan bersama Brad Abrell.

Hotel Transylvania: Transformania diarahkan oleh Jennifer Klushka dan Derek Drymon, berdasarkan lakon layar yang ditulis oleh Amos Vernon, Nunzio Randazzo, dan pencipta francais Genndy Tartakovsky, yang sebelum ini mengetuai pembikinan tiga filem pertama. Penerbit eksekutif adalah Tartakovsky dan Michelle Murdocca dengan Alice Dewey Goldston berfungsi sebagai penerbit. 

Related posts

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Leave a Comment