Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Hotel Transylvania 4 Akan Ditayangkan Pada 2021, Selena Gomez Kembali Bawa Watak Utama

Sony Pictures telah menetapkan tarikh tayangan sekuel animasi Hotel Transylvania 4 pada 6 Ogos 2021, lapor Variety.

Selain itu juga, pelakon utama Selena Gomez secara rasmi kembali meneruskan watak Mavis dan turut bertindak sebagai penerbit eksekutif untuk projek akan datang. 

Hotel Transylvania 4 akan diarahkan oleh Jennifer Klushka dan Derek Drymon berdasarkan lakonlayar yang ditulis oleh pencipta francias yang juga pengarah tiga filem pertama, Genndy Tartakovsky. Tartakovsky turut bertindak sebagai penerbit eksekutif manakala Michelle Murdocca serta Alice Dewey Goldston akan menjadi penerbit. 

Filem pertama Hotel Transylvania disuarakan Adam Sandler, Selena Gomez, Andy Samberg, David Spade, Molly Shannon, Steve Buscemi, Keegan-Michael Key, Asher Blinkoff, Kevin James, Fran Drescher, Kathryn Hahn dan Jim Gaffigan. 

Francais terbitan Sony ini telah mengumpul $1.36 billion dolar dengan filem terkini iaitu Hotel Transylvania 3: Summer Vacation telah mengutip $528.5 juta sepanjang tayangannya. 

Related posts

‘Deleted Scene’ “Hawkeye” Bocor Di Media Sosial, Menampilkan Kingpin & Clint Barton Sewaktu Kecil

Kakimuvee

[TRAILER] Fistful of Vengeance: Iko Uwais Terajui Filem ‘Standalone’ “Wu Assassins”

Kakimuvee

Siri Godzilla & Titans Akan Dihasilkan Di Apple TV+

Kakimuvee

“The Batman” Mungkin Berdurasi Hampir 3 Jam

Kakimuvee

Robert Pattinson Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Terbaru Dari Pengarah Bong Joon Ho

Kakimuvee

Pelakon “Moon Knight” Gaspard Ulliel Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Ski

Kakimuvee

Leave a Comment