Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Hot Toys Dedah Sut Hitam & Emas “Spider-Man: No Way Home”

Spider-Man: No Way Home tidak akan dilancarkan sehingga akhir tahun ini, tetapi peminat sudah diberi sedikit gambaran mengenai kostum yang akan dipakai oleh Peter Parker. Sekarang, mari kita lihat dengan lanjut kostum yang akan digunakan dalam filem yang akan datang.

Hot Toys baru-baru ini mengeluarkan beberapa gambar untuk salah satu figura koleksi mereka yang akan datang. Figura tersebut adalah untuk Spider-Man: No Way Home dan memaparkan Peter Parker, lakonan Tom Holland, dengan pakaian hitam dan emas. Sut tersebut hampir sama dengan sut yang pernah kita lihat dari filem, tetapi ia turut menampilkan beberapa komponen mistik seperti tangkal magik yang bersambung dengan penembak webnya, sigil mistik di dadanya, dan banyak lagi. 

Lihat gambar mainan pakaian hitam dan emas Spider-Man: No Way Home di bawah:

Banyak spekulasi mengenai filem terbaru Spider-Man yang akan datang, lebih-lebih lagi selepas peminat melihat siri finale Loki. Salah satunya, filem ini dikhabarkan akan melibatkan ‘multiverse’, kemungkinan Dr. Strange telah merekrut Peter untuk membantunya menjaga aliran masa.

Spider-Man: No Way Home diarahkan oleh Jon Watts dan ditulis oleh Chris McKenna dan Erik Sommers. Menyertai Holland dalam barisan pelakon adalah Benedict Cumberbatch, Zendaya, Jacob Batalon, Alfred Molina, Jamie Foxx, Marisa Tomei, J.K. Simmons, Tony Revolori, Angourie Rice, Martin Starr, Hannibal Buress, dan J.B. Smoove.

Spider-Man: No Way Home akan ditayangkan di pawagam pada 17 Julai 2021. 

Related posts

Two seasons of unscripted series Selena + Chef to debut in Asia August 12 on HBO GO

Isqandar

Simu Liu Tidak Boleh Lari Dari Takdir Dalam TV Spot Terbaru “Shang-Chi”

Kakimuvee

iQiyi Memperkukuh Kerjasama Antarabangsa dengan Dolby untuk Meningkatkan Pengalaman Penstriman Video

Zulaikha

Sony Lancar Trailer Pertama “Ghostbusters: Afterlife”

Kakimuvee

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

Leave a Comment