Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Hospital Playlist 2” Tidak Akan Disiarkan Pada Minggu Pertama September

Drama tvN Hospital Playlist 2 akan mengambil ‘cuti rehat’ sekali lagi pada minggu pertama September.

Pada 17 Ogos, seorang wakil dari Hospital Playlist 2 mengesahkan, “drama ini tidak akan ditayangkan pada 2 September kerana memberi liputan perlawanan bola sepak kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 peringkat Asia.

Untuk info, pasukan bola sepak Korea Selatan akan menentang Iraq pada 2 September ini.

Hospital Playlist 2 bagaimanapun akan tetap menyiarkan episod ke-10 pada 26 Ogos, sebelum berehat selamat seminggu dan kembali menyiarkan episod ke-11 pada 9 September.

Ini kali kedua drama itu berehat pada musim kali ini. Sebelum ini, Hospital Playlist 2 hanya menyiarkan episod khas pada 29 Julai disebabkan masalah penggambaran yang berkaitan dengan penularan wabak COVID-19 di Korea, dan juga menyelesaikan kerja-kerja penghasilan skrip. 

Hospital Playlist 2 boleh di strim di platform penstriman Netflix.

Sumber: Soompi

Related posts

Rating “High Class” Jatuh Ke Tahap Terendah

Zulaikha

iQiyi Dedah Trailer Terbaru Untuk K-Siri Asli Yang Akan Datang “Jirisan”

Zulaikha

Episod Terbaru “Hometown Cha-Cha-Cha” Catat Penurunan

Zulaikha

“Yumi’s Cells,” “One The Woman,” & “The Veil” Memulakan Pertarungan Rating Penonton

Zulaikha

Finale “Hospital Playlist 2” Capai Penilaian Tertinggi Sepanjang Musim

Zulaikha

iQiyi’s New Original Chinese-Language Series Rainless Love in a Godless Land Premieres On October 17th

Zulaikha

Leave a Comment