Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Hospital Playlist 2” No. 1 Dalam Senarai Mingguan Drama Paling Popular Untuk Minggu Ke-4 Berturut-Turut

Drama tvN Hospital Playlist 2 mengekalkan rentaknya sebagai drama paling popular untuk minggu ke-4 berturut-turut. 

Menurut Good Data Corporation (via Soompi), Hospital Playlist 2 menduduki tangga pertama dalam senarai minggu drama paling popular, dengan bintang utamanya, Jo Jung Suk berada di kedudukan kelapan dalam senarai pelakon.


Dalam ranking drama, The Penthouse 3 kekal ditangga kedua untuk minggu keempat berturut-turut, diikuti The Devil Judge yang berada ditangga ketiga. Bintang The Devil Judge, Ji Sung menguasai ranking pelakon, manakala rakan pelakonnya Kim Min Jung naik dari tangga 28 ke tangga ketujuh dalam senarai pelakon. 

Berikutan kejayaan My Roommate Is a Gumiho, drama tvN itu naik ke tangga keempat untuk minggu ini, manakala bintangnya Jang Ki Yong dan Hyeri naik ke tangga kedua dan ketiga dalam senarai pelakon. Satu lagi drama tvN, You Are My Spring berada ditangga kelima dalam senarai drama manakala pelakonnya, Kim Dong Woo dan Seo Hyun Jin masing-masing berada di tangga keempat dan kelima dalam senarai pelakon.

10 drama teratas yang menghasilkan paling banyak buzz pada minggu ketiga bulan Julai adalah seperti berikut:

  1. tvN’s “Hospital Playlist 2”
  2. SBS’s “The Penthouse 3”
  3. tvN’s “The Devil Judge” 
  4. tvN’s “My Roommate Is a Gumiho”
  5. tvN’s “You Are My Spring”
  6. TV Chosun’s “Love (ft. Marriage and Divorce) 2”
  7. JTBC’s “Nevertheless”
  8. KBS2’s “At a Distance Spring is Green”
  9. JTBC’s “Monthly Magazine Home”
  10. SBS’s “Racket Boys”

10 pelakon teratas yang menghasilkan paling banyak buzz pada minggu ketiga bulan Julai adalah seperti berikut:

  1. Ji Sung (“The Devil Judge”)
  2. Jang Ki Yong (“My Roommate Is a Gumiho”)
  3. Girl’s Day’s Hyeri (“My Roommate Is a Gumiho”)
  4. Kim Dong Wook (“You Are My Spring”)
  5. Seo Hyun Jin (“You Are My Spring”)
  6. Han So Hee (“Nevertheless”)
  7. Kim Min Jung (“The Devil Judge”)
  8. Jo Jung Suk (“Hospital Playlist 2”)
  9. GOT7’s Jinyoung (“The Devil Judge”)
  10. Song Kang (“Nevertheless”)

Related posts

“Big Mouse” Menjadi Drama Paling Popular Untuk Minggu Ketiga Berturut-Turut

Zulaikha

“Extraordinary Attorney Woo” Pecah Rekod Peribadi, Cipta Sejarah Rating Tertinggi Untuk Saluran ENA

Zulaikha

Seo In Guk, Jung So Min & Jang Dong Yoon Terperangkap Di Lautan Neraka Dalam Filem Terbaru “Project Wolf Hunting”

Kakimuvee

India Remake K-Drama Popular “Flower Of Evil”

Kakimuvee

Konspirasi Bertembung Dalam K-Drama Akan Datang “May It Please The Court”, Akan Debut Secara Eksklusif Di Disney+ Hotstar

Zulaikha

Lee Jung Jae Menang Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Di Hollywood Critics Association TV Awards

Zulaikha

Leave a Comment