Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Hospital Playlist 2” Kembali Bersiaran, Rating “The Road: The Tragedy Of One” Meningkat


Drama tvN The Road: The Tragedy of One meneruskan rentak yang menjanjikan.

Pada 5 Ogos, penilaian penonton drama terbaru itu menyaksikan peningkatan pada episod kedua, dengan merekodkan purata rating sebanyak 4.0 peratus.

The Tragedy of One adalah sebuah drama misteri mengenai kejadian tragis yang terjadi pada suatu malam dalam hujan lebat – dan bagaimana keheningan dan penyembunyian yang terjadi menimbulkan banyak rahsia yang terjerat dan meninggalkan tragedi lebih lanjut setelah mereka muncul.

Sementara itu, Hospital Playlist 2 kembali keudara selepas berehat selama seminggu. Episod terbaru drama tvN itu telah merekodkan purata rating sebanyak 10.6 peratus. Drama hit itu juga terus menunjukkan prestasi baik dikalangan demografi utama penonton berusia 20 hingga 49 tahun, mencatatkan purata rating sebanyak 7.5 peratus dan kemuncaknya sebanyak 9.7 peratus.

Akhir sekali, drama JTBC Monthly Magazine Home mengakhiri siarannya dengan mencatakan purata rating sebanyak 2.6 peratus.

Sumber: Soompi


Related posts

‘Doctor Cha’ Catat Rating Tertinggi Pada Episod Terakhir

Kakimuvee

Kim Tae Ri Dirasuki Semangat Jahat Dalam Gambar Terbaru “Revenant”

Kakimuvee

Lebih 4 Juta Menonton Filem Terbaru Ma Dong Seok “The Outlaws 3”

Kakimuvee

Siri Rom-Com Vampire Korea, ‘HeartBeat’ Akan Tiba Secara Eksklusif Di Prime Video

Kakimuvee

Nikmati Tayangan Perdana K-drama & K-filem Terhebat Di Astro Pada Jun Ini

Kakimuvee

Kisah Hamka Diabadikan Dalam Filem Biopik Indonesia ‘Buya Hamka’

Kakimuvee