Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Hospital Playlist 2” Cipta Rekod, Catat Rating Episod Pertama Tertinggi Dalam Sejarah tvN

Musim kedua Hospital Playlist telah memulakan siarannya semalam dengan memecahkan rekod tvN!

Menurut Nielsen Korea (via Soompi), episod perdana Hospital Playlist 2 telah merekodkan purata rating sebanyak 10.007 peratus, jauh lebih tinggi dari tayangan perdana musim pertama yang mencatatkan purata rating sebanyak 6.325 peratus. Rating yang dicatatkan drama itu telah memecahkan rekod tvN yang sebelum ini dipegang Mr. Sunshine (2018)

Berikut adalah sepuluh teratas episod pertama drama tvN yang mencatat rating tertinggi:

  1. “Hospital Playlist 2” (2021) – 10.0 peratus
  2. “Mr. Sunshine” (2018) – 8.9 peratus
  3. “Encounter” (2018) – 8.7 peratus
  4. “Mr. Queen” (2020) – 8.0 peratus
  5. “Vincenzo” (2021) – 7.7 peratus
  6. “Forest of Secrets 2” (2020) – 7.6 peratus
  7. “Memories of the Alhambra” (2018) – 7.5 peratus
  8. “Hotel Del Luna” (2019) – 7.3 peratus
  9. “Goblin” (2016) – 6.9 peratus
  10. “Arthdal Chronicles” (2019) – 6.7 peratus

Sementara itu, satu lagi drama tvN My Roommate Is a Gumiho telah mencipta peningkatan rating berbanding episod sebelumnya. Episod terbaru drama lakonan Jang Ki-yong dan Hyeri itu telah merekodkan purata rating sebanyak 4.238 peratus.

Akhir sekali, drama terbaru JTBC Monthly Magazine Home telah merekodkn purata rating sebanyak 2.275 peratus untuk episod kedua, sedikit penurunan berbanding episod pertama. 

Hospital Playlist 2 boleh di strim di Netflix

Related posts

Filem Live-Action ‘Tokyo Revengers’ Akan Tiba Di Pawagam Tempatan Pada 9 Disember Ini

Kakimuvee

Lee Dong Wook dan Wi Ha Joon Mempamerkan ‘Bromance’ Mendebarkan Dalam Teaser “Bad And Crazy”

Zulaikha

Disebalik Pembikinan Siri Hit Netflix ‘Hellbound’

Zulaikha

Song Seung Heon & Jo Bo Ah Ditawarkan Peranan Dalam Filem Thriller “Hidden Face”

Zulaikha

Rating ‘Jirisan’ Meningkat, ‘Chimera’ Cipta Rekod Peribadi

Zulaikha

Pergi Ke Bulan Pada Krismas Ini dengan THE SILENT SEA, Dibintangi Gong Yoo & Bae Doona

Kakimuvee

Leave a Comment