Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSlot Tempatan

Horizon Film Entertainment Dedah Treler Rasmi “Siapa Tutup Lampu?”

Horizon Film Entertainment dan Articulate Fusion Productions telah melancarkan trailer rasmi pertama Siapa Tutup Lampu?, sebuah filem seram tempatan yang diarahkan oleh pengarah yang sedang meningkat naik, Aliff Ihsan Rahman. Trailer tersebut menggoda akibat yang bakal menimpa jika seseorang itu tidak meminta maaf.

Anda boleh tonton trailer tersebut dibawah. 


Siapa Tutup Lampu? berpusat pada lima rakan yang terlibat dengan kemalangan ketika dalam perjalanan pulang dari bercuti di Genting Highlands. Salah seorang rakan mereka telah maut dalam kemalangan itu manakala yang lain mendapati diri mereka dihantui apabila mereka pergi untuk mengenal pasti mayat di bilik mayat.

Diterbitkan oleh Horizon Film Entertainment dan Articulate Fusion Productions Malaysia, filem seram ini ditulis oleh Azhar Jalil dan dibintangi oleh Azizul Ammar, Uyaina Arshad, Naim Daniel, Azhar Jalil, Ismi Melinda dan Afieq Shazwan. 

Siapa Tutup Lampu? akan ditayangkan secara eksklusif di ASTRO FIRST (saluran 480) bermula pada 25 NOVEMBER 2021.

 

Related posts

“Mat Kilau” Catat Kutipan RM1 Juta Pada Hari Pertama

Kakimuvee

Viu Hasilkan Semula K-Drama Popular, She Was Pretty dalam Bahasa Malaysia

Kakimuvee

[VIDEO] Buaya Menyanyi Riang Ria Dalam Teaser “Lyle, Lyle, Crocodile”

Kakimuvee

Trailer “Stranger Things” Musim 4 Jld. 2 Goda Penamat Yang Dramatik

Kakimuvee

Trailer Terbaru “Thor: Love And Thunder” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Luangkan Masa Pada ‘Hujung Minggu Bersama Didi & Friends’ pada 24 – 26 Jun Ini

Kakimuvee

Leave a Comment