Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Honey Lee Ditawarkan Watak Utama Dalam Drama Terbaru “One the Woman”

Pelakon Honey Lee dilaporkan sedang dalam rundingan untuk memainkan peranan utama drama terbaru SBS berjudul One the Woman (literal title).

Agensinya Saram Entertainment mengesahkan laporan media dan berkata, “Honey Lee telah menerima tawaran untuk membintangi ‘One the Woman’ dan secara positif sedang menelitinya.

Peranan itu sebelum ini telah ditawarkan kepada Kim Ah Joong, namun dia menolaknya. 

One the Woman menceritakan kisah seorang pendakwaraya wanita yang korup yang berusaha mencari memorinya setelah mendapat amnesia dan menukar kehidupan dengan menantu chaebol sederhana yang mirip sepertinya.

Lee Won Geun dan Lee Sang Yoon juga sedang dalam perbincangan untuk muncul dalam drama tersebut

Sekiranya Honey Lee menerima peranan itu, dia akan memainkan watak Jo Yeon Joo, seorang pendakwaraya dan satu-satunya anak perempuan kepada salah seorang ahli dalam kumpulan gangster.

Semasa mengejar suspek yang kelihatan sangat mirip dengannya, dia terlibat dalam kemalangan kereta. Kehidupannya berubah ketika dia bangun dari koma dan hidupnya bertukar dengan putri bongsu seorang chaebol.

One the Woman akan disiarkan pada pertengahan tahun ini.

Related posts

“Law School” Cipta Rekod Peribadi, Rating “Mouse” Meningkat

Zulaikha

“Mad For Each Other” Goda Ledakan Gila Dalam Siri Rom-Com Terbaru Netflix

Zulaikha

EVERYTHING WE RINDU FROM VINCENZO

Zulaikha

Temukan Makna Keluarga yang Sejati Dalam Filem “Ali & Ratu Ratu Queens”, Akan Datang Ke Netflix

Kakimuvee

Kim Nam Gil Ditawarkan Watak Utama Dalam Drama Thriller Terbaru “Those Who Read Hearts of Evil”

Zulaikha

Episod Terakhir “Vincenzo” Capai Penilaian Ke-6 Tertinggi Dalam Sejarah tvN

Zulaikha