Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Hometown Cha-Cha-Cha” Catat Rating Tertinggi

Drama romantik Hometown Cha-Cha-Cha terus menunjukkan prestasi baik sepanjang siarannya. Menurut Nielsen Korea (via Soompi), drama lakonan Kim Seon Ho dan Shin Min Ah itu telah mencapai penilaian tertinggi setakat ini. Episod ketiga drama itu telah merekodkan purata rating sebanyak 8.7 peratus, sekaligus mencipta rekod peribadi drama tersebut. 

Hometown Cha-Cha-Cha turut popular dikalangan demografi utama penonton berusia 20 hingga 49 tahun, dengan merekodkan purata rating 4.5 peratus dan kemuncaknya 5.4 peratus – menduduki tempat pertama dalam slot waktunya di semua saluran, termasuklah rangkaian siaran awam. 

Hometown Cha-Cha-Cha boleh distrim di perkhdimatan streaming Netflix setiap Sabtu dan Ahad jam 10.00 malam MYT.

Sementara itu, drama terbaru JTBC Lost, lakonan Ryu Jun Yeol dan Jeon, telah memulakan langkah kanan pada episod pertama dengan merekodkan rating 4.2 peratus. Rating tersebut mengatasi drama sebelumnya, Nevertheless (yang menduduki slot waktunya), yang mencatatkan rating 2.2 peratus pada tayangan perdana, dan berakhir dengan rating rendah 1.7 peratus. 

Drama romantik empat-bahagian, Check Out the Event mengakhiri rancangannya dengan rating 0.8 peratus. Akhir sekali, drama KBS 2TV Revolutionary Sisters meneruskan rentaknya sebagai program yang paling ramai penonton pada hari Ahad dengan rating 28.6 peratus.

Related posts

Teaser Baru Jirisan Papar Gandingan Hebat Gianna Jun & Ju Ji-hoon

Zulaikha

TUDUM: Netflix Umum Jadual Pelancaran Untuk Filem & Siri Korea Yang Akan Datang

Zulaikha

“Yumi’s Cells” Capai Rating Tertinggi, “One The Woman” Kekal No. 1

Zulaikha

iQiyi Sebarkan Cinta Terhadap Hallyu Dengan 9 buah K-Drama dan Filem Hebat di Suku Tahun Ke-4

Zulaikha

Rating “Hometown” Meningkat Pada Episod Ke-2, “Dali And Cocky Prince” Kekal No. 1

Zulaikha

SERIGALA LANGIT TAYANG DI ASTRO FIRST 25 SEPTEMBER 2021

Kakimuvee

Leave a Comment