Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Hometown Cha-Cha-Cha Catat Rating Hari Sabtu Tertinggi


Dengan tinggal hanya satu episod sahaja lagi, drama romantik komedi lakonan Kim Seon Ho dan Shin Min Ah, Hometown Cha-Cha-Cha, terus kekal popular dikalangan penonton. 

Menurut Nielsen Korea, episod kelima Hometown Cha-Cha-Cha, yang ditayangkan semalam, telah merekodkan purata rating 10.3 peratus, menandakan penilaian penonton tertinggi yang pernah dicapai oleh drama pada hari Sabtu. Jangan lupa saksikan episod terakhir drama ini di perkhidmatan streaming Netflix

Sementara itu, drama SBS One the Woman bukan sahaja mengekalkan kedudukan pertama dalam slot waktunya, malah juga berjaya meneruskan rentetan lapan episod yang sempurna sebagai minisiri yang paling banyak ditonton sepanjang minggu. Episod terbaru drama komedi hit yang dibintangi oleh Honey Lee dan Lee Sang Yoon itu telah memperoleh penilaian purata 13.3 peratus.

Drama pengintipan The Veil, yang bersiaran pada waktu yang sama dengan drama One the Woman, telah memperoleh purata rating 7.6 peratus untuk episod terbaru.

Selepas mencipta rekod peribadi pada episod sembilan, rating drama Yumi’s Cells sedikit menurun pada episod terbaru dengan memperoleh purata penilaian sebanyak 2.3 peratus. Rating drama JTBC, Lost terus berada di lingkungan 1 peratus dengan episod terbaru memperoleh purata rating 1.7 peratus, sedikit penurunan berbanding episod minggu lalu (1.848 peratus). 


One The Womandan The Veil boleh ditonton di Astro menerusi ONE (Saluran 393 HD) dan Oh!K (Saluran 394 HD), manakala Yumi’s Cells dan Lost boleh ditonton di perkhidmatan streaming iQiyi. 

Sumber: Sompi


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee