Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Hometown Cha-Cha-Cha” Berakhir Dengan Rating Tertinggi Sepanjang Siarannya


Drama Hometown Cha-Cha-Cha telah merekodkan penilaian penonton tertinggi pada episod terakhirnya. 

Pada 17 Oktober, drama romantik komedi popular lakonan Kim Seon Ho dan Shin Min Ah telah merekodkan purata rating 12.7 peratus pada episod terakhir, rating tertinggi yang pernah dicapai drama itu sepanjang siarannya. 

Drama ini menampilkan dua individu dari lapisan masyarakat yang berbeza – Penduduk bandar yang canggih, Hye-jin (Shin Min-a) berlari di sepanjang Sungai Hangang dengan latar belakang pencakar langit, dan penduduk desa Du-sik (Kim Seon-ho), dengan santai melayari gelombang laut menghijau di kampung halamannya.

Anda boleh menonton kesemua episod Hometown Cha-Cha-Cha di Netflix.

Sementara itu, drama KBS 2TV, Young Lady and Gentlemen turut mencapai penilaian penonton tertinggi setakat ini, dengan episod terbaru merekokdkan rating 29.7 peratus. Akhir sekali, drama JTBC Lost kekal stabil dengan rating 1.6 peratus untuk episod terbaru.


Sumber: Soompi 


Related posts

Pandangan Pertama Filem Aksi Komedi BACK IN ACTION Lakonan Jamie Foxx & Cameron Diaz

Kakimuvee

Netflix Umum Musim Dua 3 BODY PROBLEM

Kakimuvee

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee