Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Homemade Love Story Mulakan Episod Pertama Dengan Rating Yang Tinggi

Drama terbaru KBS 2TV Homemade Love Storlakonan Jin Ki Joo, Lee Jang Woo, Bona dan ramai lagi telahpun menyiarkan episod pertamanya. 

Menurut Nielsen Korea, Homemade Love Story mencatatkan purata rating sebanyak 19.9 peratus dan 23.3 peratus untuk dua bahagiannya, sekaligus menjadi drama yang paling banyak ditonton pada malam semalam. Episod pertama Homemade Love Story juga berjaya memperoleh penilaian penonton yang lebih tinggi berbanding episod pertama drama hit Once Again – drama yang menduduki slotnya sebelum ini.


Homemade Love Story adalah kisah mengenai pelbagai orang yang berkumpul di sebuah rumah bernama Samkwang Villa yang dikendalikan oleh seorang wanita bernama Lee Soon Jung (Jeon In Hwa). Drama ini menunjukkan bagaimana orang yang bermula sebagai orang asing mula membuka hati dan saling mencintai. Ini menyampaikan mesej bahawa tidak kira betapa sukarnya dunia, kehangatan cinta yang tidak ternilai masih ada dalam hubungan manusia.

Lee Jang Woo memainkan peranan sebagai Woo Jae Hee, seorang arkitek yang sangat pentingkan ketelitian, sementara Jin Ki Joo sebagai Lee Bit Chae Woon, seorang penghias dalaman profesional dengan rasa tanggungjawab yang kuat.

Sementara itu, drama SBS Alice dan Channel A, Lie After Lie menikmati penontonan jumlah tonton berbanding episod sebelumnya. Alice telah mencatatkan purata rating sebanyak 7.4 peratus dan 9.6 peratus untuk dua bahagiannya, manakala Lie After Lie mencatatkan purata rating sebanyak 4.2 peratus. 

Akhir sekali, drama tvN, Forest of Secrets 2 mencatatkan purata rating sebanyak 6.8 peratus.

Sumber: Soompi

Related posts

“Big Mouse” Menjadi Drama Paling Popular Untuk Minggu Ketiga Berturut-Turut

Zulaikha

“Extraordinary Attorney Woo” Pecah Rekod Peribadi, Cipta Sejarah Rating Tertinggi Untuk Saluran ENA

Zulaikha

Seo In Guk, Jung So Min & Jang Dong Yoon Terperangkap Di Lautan Neraka Dalam Filem Terbaru “Project Wolf Hunting”

Kakimuvee

India Remake K-Drama Popular “Flower Of Evil”

Kakimuvee

Konspirasi Bertembung Dalam K-Drama Akan Datang “May It Please The Court”, Akan Debut Secara Eksklusif Di Disney+ Hotstar

Zulaikha

Lee Jung Jae Menang Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Di Hollywood Critics Association TV Awards

Zulaikha

Leave a Comment