Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Homemade Love Story, Missing: The Other Side & Forest Of Secrets 2 Catat Rating Tertinggi

Tiga drama terlah mencatatkan rating tertinggi setakat ini!

Menurut Nielsen Korea, drama Homemade Love Story, Missing: The Other Side dan Forest of Secrets 2 telah mencapai penilaian rating tertinggi sepanjang bersiaran.

Drama popular KBS 2TV, Homemade Love Story terus mendapat tempat dihati penonton apabila episod keempat drama tersebut telah mencapai purata rating tontonan sebanyal 23.9 peratus dan 26.4 peratus untuk dua bahagiannya. 

Missing: The Other Side yang kembali ke udara selepas seminggu terhenti turut mencapai rating tertinggi setakat ini. Episod kelapan drama misteri-fantasi itu telah mendapat skor purata sebanyak 3.8 peratus dan kemuncaknya sebanyak 4.3 peratus, sekaligus mencipta rekod peribadi. 

Selain itu, Missing: The Other Side kekal popular di kalangan demografi utama penonton berusia 25 hingga 49 tahun, dengan skor purata sebanyak 3.0 peratus dan kemuncaknya 3.3 peratus. 

Drama tvN Forest of Secrets 2 telah memasuki episod ke-14 dan turut mencapai rating tertinggi setakat ini dengan skor purata sebanyak 8.8 peratus dan kemuncaknya sebanyak 9.7 peratus. Drama ini juga turut mencapai rating tertinggi dikalangan demografi utama penonton berusia 20 hingga 49 tahun, dengan skor sebanyak 4.8 peratus dan kemuncaknya sebanyak 5.5 peratus. 

Related posts

Park Ji Hu, Yoon Chan Young, Cho Yi Hyun, & Lomon Hadapi Bahaya Dalam Poster “All Of Us Are Dead”

Kakimuvee

Saksikan Teaser Trailer & Poster Drama Thriller Terbaru Disney+ “Grid”

Zulaikha

Peserta “Single’s Inferno” Free Zia Ancam Untuk Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Komen Berniat Jahat

Zulaikha

Kim Dong Wook Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Drama Terbaru Mengenai Penggembaraan Masa

Zulaikha

“BACKSTAGE” Gandingan Adik-Beradik Terkenal Vanesha Prescilla & Sissy Prescillia Akan Temui Penonton Di Malaysia 20 Januari Ini

Kakimuvee

Drama Korea Baru “Rookie Cops” Akan Diperkenalkan Di Disney+ Hotstar Bulan Ini

Zulaikha

Leave a Comment