Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Homemade Love Story” Lepasi Angka 30 Peratus; Rating “The Uncanny Counter” Meningkat Pada Episod Ke-2


Drama KBS 2TV Homemade Love Story kekal popular dikalangan penonton!.

Pada 29 November, rating penonton drama hari minggu itu melepasi angka 30 peratus untuk kali kedua. Menurut Nielsen Korea (via Soompi), episod terbaru Homemade Love Story mencatatkan purata rating sebanyak 29.4 peratus dan 31.8 peratus, peningkatan berbanding episod sebelumnya. 

Sementara itu, drama ‘superhero’ terbitan OCN, The Uncanny Counter menikmati peningkatan rating penonton pada episod kedua, dengan mencatatkan purata rating sebanyak 4.4 peratus dan kemuncaknya sebanyak 4.8 peratus. 

The Uncanny Counter berdasarkan dari webtoon berjudul sama dan menceritakan tentang pemburu syaitan bernama “Counters” yang datang ke Bumi dan menyamar sebagai pekerja restoran mee dalam usaha untuk menangkap syaitan. Masing-masing mempunyai kebolehan khas mereka sendiri.

Drama TV Chosun, The Goddess of Revenge kekal stabil dengan purata rating sebanyak 3.4 peratus dan kemuncaknya sebanyak 3.8 peratus, manakala drama tvN, Start-Up menyaksikan peningkatan dengan purata rating sebanyak 5.3 peratus dan kemuncaknya sebanyak 5.6 peratus.



Related posts

Poster ‘The Uncanny Counter 2’ Menampilkan Hero & Penjahat, Tarikh Tayangan Didedahkan

Kakimuvee

Poster Musim 2 ‘The Uncanny Counter’ Goda Kepulangan Pelakon Asal

Kakimuvee

The Uncanny Counter: Jo Byeong Gyu, Kang Ki Young & Jin Sun Kyu Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Musim 2

Zulaikha

Rating “Vincenzo” Meningkat Ke Tahap Tertinggi

Zulaikha

10 K-DRAMA LADIES WHO SERIOUSLY KICK ASS

Zulaikha

“Mr. Queen” & “Love (Ft. Marriage And Divorce)” Terus Bersaing, “Homemade Love Story” Catat Peningkatan Rating

Zulaikha