Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Homemade Love Story” Cipta Rekod Peribadi, “Mr. Queen” & “The Uncanny Counter” Kekal Kukuh

Drama KBS 2TV Homemade Love Story telah mencapai rating tertinggi sepanjang siarannya

Pada 3 Januari, penilaian penonton untuk drama hujung minggu popular itu telah mencapai tahap tertinggi setakat ini. Menurut Nielsen Korea, episod terbaru Homemade Love Story memperoleh skor purata sebanyak 30.7 peratus dan 33.3 peratus untuk dua bahagiannya, menjadikan rekod peribadi baru untuk siri ini.

Sementara itu, drama popular tvN Mr. Queen terus menguasai kedudukan pertama dalam slot waktunya dengan mencatatkan skor purata sebanyak 12.3 peratus dan kemuncaknya sebanyak 13.7 peratus untuk episod terbaru.

Mr. Queen tueut mencapai penilaian tertinggi dikalangan demografi utama penonton, iaitu dari usia 20 hingga 49 tahun dengan mencatatkan purata rating sebanyak 7.3 peratus dan kemuncaknya sebanyak 8.1 peratus.

Drama OCN The Uncanny Counter menikmati peningkatkan penilaian penonton dengan mencatatkan purata rating sebanyak 9.1 peratus dan kemuncaknya sebanyak 10.1 peratus untuk episod terbaru. 

Akhir sekali, drama TV Chosun, The Goddess of Revenge kekal stabil dengan mencatatkan purata rating sebanyak 2.3 peratus. 

Related posts

[TEASER] Musim Kedua “Love (ft. Marriage and Divorce)” Menjanjikan Lebih Banyak Pengkhianatan & Drama

Zulaikha

Review Filem: Jangan Sendirian (2021)

Kakimuvee

Park Bo Young & Seo In Guk Berpegang Tangan Dalam Poster Drama “Doom At Your Service”

Zulaikha

“Taxi Driver” Terus Catat Rating Tertinggi

Zulaikha

Song Joong Ki Kuasai Tangga Pertama Dalam Senarai Mingguan Pelakon Paling Popular

Zulaikha

“The Good Detective” Kembali Dengan Musim Kedua

Zulaikha