Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Asia

Hollywood Remake Filem Seram ‘Gonjiam: Haunted Asylum’


Filem seram ‘found footage’ dari Korea Selatan, Gonjiam: Haunted Asylum bakal dibuat semula oleh studio Hollywood, Black Box Management and BH Entertainment, lapor laman THR.

Gonjiam: Haunted Asylum arahan Jung Bum-shik telah ditayangkan pada 2018 dan sukses dari segi komersial apabila mengutip lebih $20 juta dolar berbanding kos pembikinan sebanyak $2.2 juta dolar. Selain itu juga, filem ini menjadi filem seram ketiga yang paling banyak ditonton di Korea Selatan selepas A Tale of Two Sisters dan Phone. 

“Kami berterima kasih kepada rakan-rakan kami di Showbox kerana menaruh kepercayaan kepada kami untuk membangunkan Gonjiam untuk penonton di A.S. Korea telah menjadi rumah kedua bagi kami, dan kami sangat gembira dapat membantu berkongsi hiburan dan budaya yang telah menarik perhatian dunia, “ ujar wakil Black Box Mike Dill dan Lowell Shapiro dalam satu kenyataan pada minggu ini.

Berdasarkan hospital psikiatri sebenar, filem ini mengisahkan kru web seram yang pergi ke Hospital Psikiatri Gonjiam yang telah ditinggalkan. Mereka menyiarkan pengalaman mereka secara langsung untuk mendapat tontonan dan publisiti tanpa mengentahui yang mereka bakal diganggu entiti misteri.

Gonjiam: Haunted Asylum dibintangi pelakon seperti Wi Ha-joon, Park Ji-hyun, Oh Ah-yeon, Mun Ye-won, Park Sung-hoon, Yoo Je-yoon dan Lee Seung-wook yang memainkan peranan utama.


Barisan pelakon dan pengarah untuk filem remake ini masih belum diumumkan pihak studio.


Related posts

Lee Sun Bin, Kim Min Seok Akan Membintangi Filem Seram Terbaru

Kakimuvee

Selepas 12 Hari Di Tayangkan Di Korea, Sleep Telah Mencatat Lebih 1 Juta Penonton

Kakimuvee

Filem Lakonan Shin Hye-Sun & Kim Sung-Kyun Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 28 September Ini

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Filem Seram Korea ‘SLEEP’ Akan Ditayangkan Di Pawagam Pada 14 September Ini

Kakimuvee

Review Filem: Concrete Utopia (2023)

Kakimuvee