Slot Asia

Hollywood Remake Drama HOTEL DEL LUNA

Views

Drama popular tvN, Hotel del Luna akan dihasilkan semula sebagai sebuah rancangan bersiri Amerika Syarikat.

Hotel del Luna versi A.S. akan ditulis oleh Alison Schapker yang juga merupakan penerbit eksekutif siri Netflix Altered Carbon musim kedua. Dia kenali menerusi karya berjudul Fringe, Scandal dan Alias. 

Ini merupakan kerjasama pertama diantara Studio Dragon dan syarikat produksi A.S., Skydance.

"Kami sangat gembira dapat bekerjasama dengan syarikat produksi terkenal dunia, Skydance serta penulis Alison Schapker. 'Hotel del Luna' dipilih sebagai projek kolaborasi pertama kami, dan menunjukkan bahawa syarikat kami berdaya saing di peringkat global.

"Kami akan menerajui projek ‘Hotel del Luna’ sehingga berjaya, dan kami akan membuat drama antarabangsa yang dapat dinikmati oleh lebih banyak orang dari seluruh dunia. Dengan berbuat demikian, kami akan menjadi studio drama premium yang dapat meningkatkan status rancangan Korea. " Ujar Ketua Studio Dragon’s Global Division, Park Hyun.

Pada Februari yang lalu, CJ ENM dan Studio Dragaon mengadakan kerjasama strategik dengan produksi dari A.S, Skydance Media untuk pelaburan bersama dan produksi drama serta filem di peringkat global.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks