Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Hollywood Bakal ‘Remake’ Filem Korea SAVE THE GREEN PLANET

Pengarah Midsommar, Ari Aster akan bekerjasama dengan CJ Entertainment (Parasite) untuk terbitkan filem remake dari Korea Selatan, Save the Green Planet arahan Jang Joon-hwan.

Menurut laporan Deadline, penulis lakon layar Succession, Will Tracy akan menulis lakonlayar untuk versi Hollywood ini. Jang Joon-hwan akan membuat debut pengarahannya di Hollywood dengan kembali sebagai pengarah.

Berikut adalah kenyataan dari jurucakap CJ Entertainment;

“One thing we learned from our success with Parasite is that audiences globally are excited to see genre-bending films with big themes.”

“Jang is a master of this in his own right, and we’re so glad to be working alongside Ari, Lars, and Will to help translate what made the original so special to an English language version that feels relevant to what’s going on today.”

Save the Green Planet ditulis dan diarahkan Jang Joon-hwan. Filem yang bertemakan black comedy sains fiksyen ini dibintangi pelakon terkenal Shin Ha-kyun, dan berkisarkan tentang seorang lelaki bernama Byeong-gu, yang percaya dia satu-satunya orang yang mampu menghalang pencerobohan makhluk asing dari planet Andromeda. Dengan bantuan teman wanitannya, Sooni, dia telah menculik seorang eksekutif perniagaan bernama Man-sik yang dipercayai makhluk asing yang menyamar sebagai manusia.

Sejak ditayangkan pada 2003, Save the Green Planet telah mendapat ulasan positif dari penonton serta pengkritik, dan mendapat pelbagai pengiktirafan di Korea Selatan termasuklah di Blue Dragon Film Awards dan Busan Film Critics Awards. Filem ini juga ditayangkan di beberapa festival antarabangsa antarannya di Cannes, Toronto, Hong Kong dan Brussels

Related posts

Karen Gillan & Pom Klementieff Menitiskan Air Mata Selepas Baca Skrip Guardians of the Galaxy Vol. 3

Kakimuvee

Matt Reeves Kongsi Gambar Terbaru Batman Sempena Meraikan #BatmanDay

Kakimuvee

Daniel Craig Ucapkan Selamat Tinggal Dalam Video Belakang Tabir “No Time to Die”

Kakimuvee

A24 Lancar Trailer Rasmi “The Humans” Lakonan Steven Yeun & Richard Jenkins

Kakimuvee

TV Spot Antarabangsa “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Nicolas Cage Tiada Perancangan Untuk Bersara Dari Dunia Lakonan

Kakimuvee

Leave a Comment