Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Hobbs & Shaw Memulakan Perang Terhadap Idris Elba Dalam Trailer Terakhir Hobbs & Shaw

Universal Pictures telah melancarkan trailer terakhir Hobbs & Shaw yang menyaksikan duo itu mengistiharkan perang terhadap Brixton Lore lakonan Idris Elba. Anda boleh saksikan trailer tersebut dipemain video dibawah.

Hobbs & Shaw merupakan filem spin off dari francais Fast and Furious. Ia berkisarkan tentang watak Luke Hobbs yang merupakan ejen keselamatan diplomatik serta watak Deckard Shaw, iaitu seorang bekas tentera elit.

Brixton Lore, seorang anarki – telah berjaya memiliki senjata biologikal yang mampu untuk memberi ancaman kepada manusia sejagat. Dengan bantuan ejen M16, Hattie Shaw yang juga merupakan adik-beradik Shaw, Hobbs dan Shaw perlu mengenepikan perbezaan antara mereka untuk bergabung dan seterusnya menjatuhkan musuh yang sangat berbahaya.

Skrip filem aksi ini ditulis oleh Chris Morgan. Beliau terlibat dengan francais Fast and Furious sejak filem Tokyo Drift. Manakala bekas pengarah filem John Wick serta Atomic Blonde, David Leitch bertindak selaku pengarah.

Selain Dwayne Johnson dan Jason Statham, filem ini turut dibintangi pelakon seperti Vanessa Kirby, Eiza Gonzalez, Eddie Marsan dan Idris Elba yang memainkan peranan sebagai villain.

Hobbs & Shaw bakal menemui penonton pada 2 Ogos tahun ini.

Related posts

Persahabatan Mereka Terjalin Di Gelanggang Tinju Dalam Trailer Kdrama Terbaru ‘Bloodhounds’

Kakimuvee

Sony Dedah Trailer Red Band Terbaru ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Don Lee Kembali Menampar Dalam Filem Terbaru ‘The Roundup: No Way Out’

Kakimuvee

Menjelang Tayangan Pawagam, Warner Bros. Lancar Trailer Terakhir ‘The Flash’

Kakimuvee

[TRAILER] Extraction 2: Bangkit Dari Kematian Dengan Aksi Yang Lebih Mendebarkan

Kakimuvee

Trailer Pertama Filem Korea “Cobweb” Arahan Kim Jee-Won Telah Dilancarkan

Kakimuvee

Leave a Comment