Hobbs & Shaw Kini Mengumpul $332 Juta Dolar Seluruh Dunia

2116
views

Filem terbaru Universal, Fast & Furious Presents: Hobbs & Shaw masih menguasai carta kedudukan box office Amerika Syarikat, namun kutipan domestiknya menurun sebanyak 57.7% peratus dan hanya mampu meraih $25.4 juta dolar pada minggu kedua tayangannya. Manakala di pasaran antarabangsa, filem spin off itu meraih $60.8 juta dolar, menjadikan jumlah terkumpul sejak ia ditayangkan sebanyak $332 juta dolar.

Setakat ini, kutipan filem arahan David Leitch kurang memberangsangkan dan dikhuatiri akan menjadi kutipan paling rendah dalam francais Fast & Furious. 

Filem terbaru Lionsgate, Scary Stories to Tell in the Dark berjaya meraih $20.8 juta dolar pada minggu pertama tayangannya sekaligus melepasi jangkaan yang ditetapkan oleh pihak studio. Filem seram arahan André Øvredal ini bakal menemui penonton tempatan pada 19 September ini.

Satu lagi filem terbaru iaitu Dora and the Lost City of Gold terbitan Paramount Pictures berjaya mencatatkan kutipan minggu pembukaan sebanyak $17 juta dolar dipasaran domestik AS, manakala dipasaran antarabangsa sebanyak $2.5 juta dolar berjaya diraih menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini mencecah $19.5 juta dolar.

Sementara itu, filem terbitan Walt Disney Pictures, The Lion King terus menambah kutipan tiket apabila meraih $20 juta dolar di pasaran domestik AS dan $51.4 juta di pasaran antarabangsa menjadikan jumlah terkumpul kini mencecah $1.334 billion dolar. Filem terbitan Sony Pictures,  Once Upon a Time in Hollywood pula menambah $11.6 juta dolar menjadikan jumlah terkumpul dipasaran domestik AS melebihi $100 juta dolar.

Kutipan-kutipan lain di pasaran domestik AS iaitu The Art of Racing in the Rain terbitan Disney / 20th Century Fox berjaya mencatatkan kutipan sebanyak $8.1 juta dolar manakala filem terbitan Warner Bros. dan New Line, The Kitchen menunjukkan tanda-tanda bakal gagal dipentas box office apabila hanya meraih $5.5 juta dolar pada minggu pembukaan. Filem adaptasi novel grafik itu dilaporkan dihasilkan dengan modal sebanyak $37 juta dolar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here