Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Hobbs & Shaw Catat Kutipan Sebanyak $180 Juta Dolar Seluruh Dunia

Filem terbaru Universal Pictures Fast & Furious Presents: Hobbs & Shaw berjaya menguasai carta minggu box office seluruh dunia apabila berjaya meraih $180 juta dolar pada minggu pertama tayangannya. Kutipan tersebut termasuklah kutipan sebanyak $60.8 juta dolar dipasaran domestik Amerika Syarikat (AS) dan $120 juta dolar dipasaran antarabangsa.

Bagaimanapun, jika dibandingkan dengan kutipan filem-filem utama francais Fast & Furious, Hobbs & Shaw mencatatkan kutipan pembukaan paling rendah, dibelakanga filem keempat francasi Fast and Furious yang mencatat kutipan pembukaan sebanyak $70.9 juta dolar pada 2009.

Filem terbaru Walt Disney Pictures, The Lion King berjaya menolak filem Captain Marvel dan Spider-Man: Far From Home untuk menduduki tangga kedua carta kutipan tertinggi 2019 dengan kutipan terkini mencecah $1.195 billion dolar seluruh dunia. Filem arahan Jon Favreau itu berjaya menambah $110.2 juta dolar seluruh dunia pada minggu lalu.

Sementara itu, filem terbaru Quentin Tarantino Once Upon a Time in Hollywood berjaya manambah sebanyak $20 juta dolar dipasaran domestik AS, menjadikan jumlah terkumpul kini mencecah $78.8 juta dolar. Dijangkakan kutipan filem tersebut akan mula bertambah apabila ia mula ditayangkan diseluruh dunia.

Kutipan filem terbaru Sony Pictures, Spider-Man: Far From Home semakin perlahan apabila hanya mampu meraih $17.25 juta dolar seluruh dunia pada minggu lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kini sebanyak $1.075 juta.

Manakala filem Toy Story 4 memerlukan keajaiban untuk menyertai kelab $1 billion dolar. Filem animasi Disney / Pixar itu kini mengumpul $959.3 juta dolar seluruh dunia dan memerlukan sekurang-kurangnya $41 juta untuk melepasi angka $1 billion dolar.

Related posts

Kutipan Polis Evo 3 Meningkat Sehingga RM3.4 Juta

Kakimuvee

‘Dead Reckoning Part 1’ Cipta Rekod Durasi Tayangan Paling Panjang Dalam Francais ‘Mission: Impossible’

Kakimuvee

Sony Dedah Trailer Red Band Terbaru ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Kongsi Kata Laluan Netflix, Tetapi Tinggal Di Kediaman Berbeza? Anda Akan Dikenakan Yuran RM13

Kakimuvee

Viu Lancar Drama Thriller Psikologi, Mengubah Memori Manusia Dalam Alter-Naratif

Kakimuvee

Menjelang Tayangan Pawagam, Warner Bros. Lancar Trailer Terakhir ‘The Flash’

Kakimuvee

Leave a Comment