Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Hitman’s Wife’s Bodyguard Hanya Kutip $24.8 Juta Dolar Pada Minggu Pertama Tayangan

Filem terbaru Hitman’s Wife’ Bodyguard gagal mengikut jejak langkah A Quiet Place Part II dan The Conjuring: The Devil Made Me Do It, selepas bermula suram pada minggu pertama tayangannya.

Menurut Deadline, sekuel filem hit tahun 2017 itu hanya mampu mengutip $24.8 juta dolar seluruh dunia dalam tempoh 5 hari tayangannya dengan $17 juta dari jumlah itu datangnya dari pasaran domestik AS. Untuk info, Hitman’s Wife’ Bodyguard mendapat penilaian 25 peratus di Rottentomatoes dan 6.5/10 di IMDb.  

Pemerhati berpendapat, walaupun orang ramai menyatakan kesediaan untuk menikmati filem blockbuster di pawagam, mereka tidak cukup bersemangat untuk mengeluarkan wang untuk sekuel yang tidak disukai oleh pengkritik atau penonton filem. 

Sementara itu, entri terbaru The Fast & The Furious, F9 semakin hampir menghampiri kutipan $300 juta dolar menjelang tayangannya di beberapa negara seperti UK, Brazil dan Mexico.

Satu lagi filem sekuel, A Quiet Place Part II menambah $15.7 juta dolar pada minggu ini, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak $222 juta dolar seluruh dunia. Kutipan filem tersebut dijangka meningkat apabila ia memulakan tayangan di beberapa negara lain. The Conjuring III menambah $12.4 juta dolar pada minggu keempat tayangannya, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak $142.8 juta dilar. 

Filem terbaru Disney, Cruella berjaya mengumpul $160 juta dolar selepas menambah $12 juta dolar pada minggu ini. Akhir sekali, Luca telah memulakan tayangannya di 11 negara antarabangsa dan berjaya mengutip $5 juta dolar. 

Related posts

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee

Leave a Comment