Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Himesh Patel Bintangi Filem Tenet Arahan Christopher Nolan

Bintang filem Yesterday, Himesh Patel dilaporkan menyertai barisan pelakon filem aksi thriller, Tenet arahan Christoper Nolan. Setakat ini, watak yang bakal dibawa oleh pelakon tersebut masih lagi tidak diketahui.

Plot filem Tenet masih lagi tidak didedahkan, tetapi ia digambarkan sebagai sebuah filem aksi epik yang berkisarkan tentang dunia pengintipan. Produksi filem sedang berjalan dan dilaporkan akan menjalani penggambaran di tujuh buah negara.

Seperti biasa, Nolan akan menulis sendiri skrip filem arahanya dan turut bertindak selaku penerbit bersama-sama pasangannya, Emma Thomas. Nolan juga akan mengabungkan format IMAX dan 70mm film dalam filem terbarunya ini.

Bintang filem BlacKkKlansman, John David Washington akan memainkan peranan utama dalam filem ini. Beliau akan dibantu dengan beberapa pelakon lain seperti Robert Pattinson, Elizabeth Debicki, Dimple Kapadia, Aaron Taylor-Johnson, Michael Caine dan Kenneth Branagh.

Tenet dijangka akan menemui penonton pada 17 Julai 2020

Related posts

iQiyi Memperkukuh Kerjasama Antarabangsa dengan Dolby untuk Meningkatkan Pengalaman Penstriman Video

Zulaikha

Sony Lancar Trailer Pertama “Ghostbusters: Afterlife”

Kakimuvee

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Leave a Comment