Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Hilary Duff Kongsikan Pandangan Pertama ‘Lizzie McGuire’


Lizzie McGuire kembali meneruskan produksi!

Aktres Hilary Duff telah berkongsi gambar pertama “Lizzie” diset penggambaran Lizzie McGuire yang kini sedang dalam pembikinan untuk perkhidmatan penstriman video Disney+. Duff turut menyertakan kapsyen “Happy first LIZZIE day!!!!! NYC…..cue the rain,”

https://www.instagram.com/p/B4N4to3J5Uy/?utm_source=ig_web_copy_link

Selain itu juga, Disney+ turut kongsikan gambar kedua dari set penggambaran yang memaparkan Duff membawa patung alpaca.

https://www.instagram.com/p/B4N2fcrh9M4/?utm_source=ig_web_copy_link


Selepas 15 tahun, Disney+ menghidupkan kembali sitkom popular Lizzie McGuire untuk dijadikan sebagai salah satu rancangan dalam pengkhidmatan penstriman. Siri kali ini akan menyaksikan Hilary Duff kembali memainkan peranannya sebagai Lizzie McGuire, manakala pencipta asal Terri Minsky akan bertindak selaku ‘showrunner’.

Versi terbaru ini akan berkisarkan tentang Lizzie, yang kini sudah berusia 30 meneroka kehidupan di kota besar New York. Seperti rancangan tv yang asal, siri reboot ini akan turut menampilkan Lizzie versi animasi, yang menawarkan komentar lucu dan mendedahkan tentang apa yang sedang dipikirkan oleh Lizzie yang berumur 30 tahun.

Beberapa pelakon asal seperti Hallie Todd, Robert Carradine dan Jake Thomas akan kembali memainkan peranan mereka sebagai Jo, Sam dan Matt McGuire.

Sumber: Deadline


Related posts

Alien: Romulus Menjadi Tajuk Rasmi Untuk Filem Alien Terbaru Arahan Fede Álvarez

Kakimuvee

Teaser MOANA 2 Dedahkan Tarikh Tayangan Sekuel Terbaru Disney

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

Pixar Sedang Membangunkan Projek Terbaru ‘CARS’

Kakimuvee

Showrunner The Last of Us Sedang Bangunkan Filem Baharu Pirates of the Caribbean

Kakimuvee

Disney+ Bakal Menyekat Perkongsian Kata Laluan Mulai Tahun Hadapan

Kakimuvee